Friday, September 4, 2009

Sumbangan Sempena Ramadhan A-Mubarak

DUNGUN 4 September Jumaat - PAS Kawasan Dungun melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Faqir Miskin kepada seramai lebih 50 orang faqir miskin. Majlis yang diadakan di Surau Ustaz Omar Shukri ini adalah untuk peringkat DUN Sura.

Sumbangan berupa keperluan dapur ini, sedikit sebanyak meringankan beban penerima sementara berada di bulan Ramadhan ini.

YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli selaku YDP PAS Kawasan Dungun, semasa ucapan perasmiannya antara lainnya menyingkap kembali peristiwa kepimpinan Sayyidina Umar al-Khattab yang turun padang meninjau sendiri kesusahan rakyat seterusnya memberi bantuan bertepatan dengan kesusahan yang dihadapi.

Beliau turut menyatakan rasa kesal terhadap apa yang sedang dialami oleh pihak pemerintah negeri yang masih bercakaran sesama sendiri, sepatutnya masa yang ada ditumpukan untuk kebajikan rakyat.

Sementara itu, Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyaratan PAS Kawasan Dungun, Haji Alias Harun dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa tema yang dipilih iaitu "Cakna Masyarakat Tanggungjawab Kami" bukanlah bermaksud setiap permasalahan masyarakat hanya menjadi tanggungjawab lajnah yang dipimpinnya sahaja, sebaliknya tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama oleh seluruh anggota masyarakat.

Beliau turut menyatakan harapan agar program yang diadakan pada kali ini, tidak terhenti setakat ini, bahkan diteruskan pada masa akan datang.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura