Saturday, September 12, 2009

Sumbangan Anak Yatim Sempena Aidilfiri 1430

DUNGUN 12 Sept Sabtu - Seramai kira-kira 200 orang anak-anak yatim dan sindrom down dari lebih kurang 100 keluarga telah menerima sumbangan sempena Aidlfitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Majlis yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu merupakan program tahunan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura yang bermula sejak 2 tahun lalu.

Sejurus sebelum majlis penyampaian tersebut, ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli menekankan betapa Islam sangat mengambil berat tentang hal ehwal anak-anak yatim. Dari penjagaan mereka sehinggalah pada pengendalian harta mereka jika mereka mempunyai harta, semuanya ada digariskan di dalam al-Qur’an.

Kita diperintahkan untuk berlemah lembut dan berbuat baik kepada mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maksudnya “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.” (Al-Baqarah: 83)

Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan tentang
kedudukan mulia di syurga bagi orang yang menjaga anak yatim.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Penjaga anak yatim daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam syurga.” Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu.” (Hadis riwayat Muslim)

Di majlis yang sama sejumlah kanak-kanak sindrom down dan keluarga masing-masing turut diraikan dan menerima sumbangan sempena Aidilfitri ini.

Sementara itu, pihak Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DUN Sura merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis yang diadakan.

" Hampir RM15 ribu telah dibelanjakan hasil sumbangan individu dan dermawan bagi manjayakan majlis yang dirancang ini, " demikian menurut Yusoff Mohammad, Bendahari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura.

Haji Abdullah Ibrahim, Bendahari DUN Sura pula mengharapkan kadar yang lebih dapat diberikan kepada anak-anak yatim dan keluarga mereka jika sumbangan yang diterima adalah lebih besar, " Kita berharap nilai sumbangan yang lebih besar dapat diberikan kepada anak-anak yatim ini di tahun akan datang, sekiranya kita menerima kutipan derma yang lebih besar."

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura