Sunday, December 26, 2010

Penyampaian Pakaian Persekolahan Sesi 2011 Di Cawangan Bukit Chatak 2, Dungun

DUNGUN 26 Disember, Ahad - Seminggu selepas majlis yang sama di peringkat DUN Sura baru-baru ini, PAS Cawangan Bukit Chatak 2 mengambil langkah susulan menyampaikan sumbangan pakaian persekolahan bagi sesi 2011 kepada para pelajar miskin yang berada di bawah pentadbirannya.

Di majlis yang sama, turut diadakan penyampaian penghargaan kepada pelajar yang memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Bukit Chatak 2, Encik Mohammad Said, majlis yang dirasmikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli itu, menyenaraikan seramai 46 orang pelajar miskin dan 5 orang pelajar cemerlang UPSR.

ADUN Sura turut menyampaikan sumbangan beras dan wang tunai kepada 40 keluarga kepada pelajar miskin tersebut.

Empat orang daripadanya dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun iaitu adik Farah Nabila bt Ahmad Azha, adik Nur Farihah Athirah bt Mohamad, adik Muhamad Ashraf Iqmal bin Rahim dan adik Mohd Arsyad Fahrullah bin Mazlan.

Sementara adik Amira Syakirah bt Abdul Wahab dari Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman, Kemaman.

Majlis tersebut diadakan pada pagi 25 Disember, Sabtu di Surau Haji Wan Ahmad, Bukit Chatak 2, Dungun.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura