Thursday, December 23, 2010

PMR 2010 : Tahniah Kepada Semua Yang Berjaya

DUNGUN 24 Disember, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar di daerah Dungun khususnya di dalam kawasan DUN Sura yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Bergambar kenangan...ADUN Sura, adik Mohd Afiq Iqram bin Rohaidi
(8A PMR 2009 dari SMK Sultan Omar),
Encik Rohaidi dan Encik Baharuman

" Saya mengambil kesempatan ini,mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya di dalam PMR baru-baru ini, semoga kecemerlangan akademik yang diperolehi seimbang dengan pencapaian akhlaq yang seharusnya turut diberi perhatian, "

" Saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik yang sememangnya merupakan di antara faktor yang turut membantu kejayaan para pelajar ini, " ujar beliau yang sentiasa mengambil berat dan cakna kepada kejayaan para pelajar.

Sementara itu, seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun," katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di Putrajaya hari ini.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas. Abdul Ghafar berkata bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura