Wednesday, December 22, 2010

ADUN Sura Ziarah Pengerusi JKKK Tanah Lot

DUNGUN 23 Disember, Khamis - Selaku wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi di kawasan DUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli melakukan ziarah tanpa melihat kecenderungan parti rakyat yang berada di kawasan yang diwakilinya.

Dalam jadual sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2010 di Kampung Tanah Lot baru-baru ini, beliau mengambil kesempatan menziarahi Pengerusi JKKK Tanah Lot, Encik Yusof Ibrahim, 66, yang keuzuran di kediamannya di Jalan Sulaiman, Tanah Lot di sini.


Sebelum ini, dua orang anak perempuan Encik Yusof turut menerima penghargaan daripada ADUN Sura di atas kejayaan masing-masing dalam peperiksaan yang dihadapi oleh mereka.

Mereka ialah adik Nuradilah binti Yusof, pelajar cemerlang STPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adiknya Nurul Akmal binti Yusof, pelajar cemerlang PMR dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.

Mengiringi ADUN Sura semasa lawatan ini ialah ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman dan Naib Ketuanya, Haji Mohd Amin Hamid.

Sebelum ini, di Kampung Alor Tembesu, dalam jadual ziarah bakal hajinya, ADUN Sura turut menziarahi Pengerusi JKKK Tembesu Akar, Encik Wan Mohamad bin Wan Kadir, 60, di kediamannya di Rumah Murah Kos 3 di sini, sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini.

1 komen:

Masa Untuk Berubah on December 22, 2010 at 5:53 PM said...

Syabas YB....inilah contoh wakil rakyat yang kita mahu, x kira parti politok mana..teruskan berkhidmat kepada masyarakat..semestinya YB harus menjadi contoh kepada semua wakil2 rakyat PAS di negeri terengganu dan malaysia am nya.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura