Monday, December 13, 2010

Presiden PAS berkesempatan mentahnik anak AJK Dun Sura



Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkesempatan mentahnik atau membelah mulut anak kepada Timbalan Ketua Bilik Gerakan Dun Sura yang juga Setiausaha UPU Sungai Buaya, Mohammed Nafi Abdullah yang berusia 7 hari pada hari tersebut.

Bayi lelaki bertuah tersebut bernama Muhammad Mus'ab merupakan anak ke empat hasil perkongsian hidup dengan Setiausaha Muslimat Dun Sura, Puan Mazila Ismail.

Beliau yang juga Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mengambil kesempatan tersebut ketika Tuan Guru berehat sementara di MKZ Homestay, Tanah Lot sebelum menghadiri dan merasmikan program Pelancaran Jentera Pilihanraya Dun Sura 8 Disember di Surau Kubur, Kampung Molek, baru-baru ini.

" Saya mengucapkan ribuan terimakasih atas kesudian Tok Guru ini, walaupun dalam kesibukan masa dan keletihan beliau sebagai Presiden PAS.InsyaAllah doa dan harapan kami sekeluarga agar anak kami ini dibesarkan sebagai seorang pejuang Islam dalam mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia ini." ujar Mohd Nafi sambil tersenyum ketika ditemui selepas majlis ringkas membelah mulut anak beliau.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura