DUNGUN : Suram, menakutkan dan membahayakan. Itulah yang dialami segelintir peniaga dan pengguna bas ekspres di Stesen Bas Kuala Dungun, di sini, terutama pada waktu malam, apabila kebanyakan mereka sering diganggu orang kurang siuman, selain berdepan ancaman peragut yang sentiasa memerhatikan mangsanya.
Gambar hiasan
Stesen bas yang baru beroperasi sejak lima bulan lalu di Kuala Dungun diakui sudah dilengkapi kemudahan mencukupi dan selesa untuk orang ramai terutama pengguna pengangkutan awam, namun ketiadaan pondok polis di situ membimbangkan mereka berikutan stesen itu kadangkala sunyi.
Tinjauan Edisi Timur di stesen bas berkenaan mendapati, kawasan itu agak sunyi pada waktu senja hingga malam, sebelum ia rancak apabila banyak bas tiba dalam waktu hampir sama untuk mengambil penumpang.
Keadaan itu membimbangkan pengguna yang menunggu ketibaan bas, terutama apabila jumlah penumpang agak sedikit pada hari biasa, berbanding hari minggu yang dipenuhi penumpang, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi berhampiran.
Seorang peniaga runcit, Mohd Fauzi Mamat, 48, berkata, masalah orang kurang siuman yang sering berlegar di kawasan itu menimbulkan rasa takut dan kurang senang peniaga serta pengguna pengangkutan awam.
Malah, katanya orang kurang siuman pernah beberapa kali masuk ke kedainya dan mengganggu serta mengugut anak gadisnya ketika menjaga kedai di siang hari, bagaimanapun mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
“Orang kurang siuman yang berkeliaran menakutkan wanita dan anak gadis di sini. Selain itu, keadaan stesen yang agak sunyi pada waktu tertentu juga mendorong penjenayah seperti meragut untuk melakukan kegiatan jenayah di sini.
“Oleh itu, rasanya tidak salah ditempatkan sebuah pondok polis yang memantau serta mengawal keselamatan kawasan ini,” katanya yang mengakui pernah membuat laporan polis mengenai ancaman orang kurang siuman.
Pekerja Am yang mahu dikenali sebagai Pak Ali, 63, berkata, walaupun tidak pernah berlaku sebarang kes jenayah, namun, langkah berjaga-jaga harus diutamakan.
“Dengan adanya pondok polis di sini, ia dapat mengelak berlakunya kes jenayah seperti mencuri serta dalam masa sama menjaga keselamatan pekerja dan pengguna bas ekspres”, katanya stesen bas itu hanya sesak ketika tiba musim cuti penggal institusi pengajian tinggi di kawasan itu.
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara Dungun, Nurazwani Ridhuan, 21, berkata, suasana sunyi itu menimbulkan rasa takut terutama apabila bas ekspres lewat daripada masa yang ditetapkan.
“Saya pernah diganggu sekumpulan mat rempit dan diganggu orang kurang siuman yang meminta wang serta memaki hamun dengan perkataan kesat”, katanya.
sumber : bharian.com

0 komen:
Post a Comment