Tuesday, August 3, 2010

Ceramah Hj Jamuliddin Elias Di DUN Sura 4 Ogos, Sumbangan Derma Kepada Anak-Anak Yatim

Seperti tahun lalu, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sekali lagi menggerakkan usaha untuk meringankan bebanan anak-anak yatim sekeluarga, khususnya di DUN Sura menjelang Syawal nanti.


Sehubungan dengan itu, pihak Lajnah Penerangan DUN Sura telah mengusahakan satu ceramah pada Rabu, 4 Ogos bagi mengumpul derma untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim yang dijadualkan pada awal September ini.

Menurut Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, penceramah utama pada malam tersebut ialah Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Jamuliddin Elias, yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini yang akan menceritakan pengalaman beliau sepanjang operasi yang telah mengorbankan seramai 9 orang syuhada itu.

" Mengiringi Haji Jamuliddin ialah ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli selaku tuan rumah yang dijangka mengupas isu-isu politik semasa dalam dan luar negeri ", tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Haji Zakariah Yusoff menyeru warga DUN Sura khususnya hadir beramai-ramai sambil menyumbang derma untuk diagihkan kepada anak-anak yatim menjelang Aidilfitri nanti.

" Selain usaha gigih yang dilakukan oleh ADUN Sura, kami turut memerlukan prihatin dan sumbangan derma orang ramai bagi menjayakan program yang telah dirancang ini "

" Berdasarkan pengalaman tahun lalu, seramai 100 orang lebih anak-anak yatim dan keluarga mereka telah menerima sumbangan sempena Syawal yang melibatkan kos hampir RM10 ribu, jadi saya benar-benar berharap agar para dermawan sudi menghulurkan derma ikhlas masing-masing untuk menjayakan aktiviti kali ini ", ujar beliau.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura