Seorang penjaja yang menyaksikan protes anjuran gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) 2007, hari ini mengemukakan saman RM2 juta ke atas polis dan kerajaan kerana kecederaan yang dialaminya ketika ditahan.
Aleyasak Hamid @ Hassan, 34, mendakwa tempurung lututnya retak disebabkan tindakan membabi-buta polis cuba menyuraikan orang ramai yang berhimpun.
Bapa kepada dua orang anak itu mendakwa pada kejadian lebih tiga tahun lalu, dia yang langsung tidak mengambil bahagian tetapi cuma melihat perhimpunan itu turut ditangkap.
Perhimpunan itu disertai 67 NGO dan lima parti politik.
Pada perhimpunan besar-besaran di ibunegara itu, kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih.
sumber : malaysiakini.com
0 komen:
Post a Comment