KUALA LUMPUR - Sambil menggariskan lima kewajaran, kerajaan negeri Kelantan melihat pusat sengaja mempolitikkan isu pengunaan mata wang syariah dinar dan dirham walaupun ia ternyata memanfaatkan rakyat khususnya mereka yang menggunakannya.
Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menafikkan kerajaan negeri menjadikan keputusan penggunaan mata wang syariah, yang dilancarkan Jumaat lalu, sebagai langkah politik meraih simpati rakyat.
Salah satu kewajaran yang diketengahkan Husam ialah nilai dinar emas telah meningkat hampir sekali ganda berbanding empat tahun lalu.
“Pada tahun 2006, semasa kita melancarkan dinar ia bernilai RM322 dan sekarang nilainya RM582 bagi satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm. “Jika mereka yang memilikinya mendapat manfaat berbanding mata wang konvensional yang turun nilai mata wang, apakah ia menjadi isu jika memanfaatkan rakyat, mereka yang menggunakannya” kata Husam.
“Jadi kita kena lihat sama ada memanfaatkan rakyat atau tidak,” katanya. Semalam, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat.
Mustapa juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara. “Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan),” kata Mustapa.
Jumaat lalu, Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
baca artikel penuh...di sini.
“Saya tidak melihat sebab lain kecuali mereka (kerajaan pusat) mempolitikkan perkara ini (penggunaan mata wang syariah),” kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa ketika dihubungi hari ini.
Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menafikkan kerajaan negeri menjadikan keputusan penggunaan mata wang syariah, yang dilancarkan Jumaat lalu, sebagai langkah politik meraih simpati rakyat.
Salah satu kewajaran yang diketengahkan Husam ialah nilai dinar emas telah meningkat hampir sekali ganda berbanding empat tahun lalu.
“Pada tahun 2006, semasa kita melancarkan dinar ia bernilai RM322 dan sekarang nilainya RM582 bagi satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm. “Jika mereka yang memilikinya mendapat manfaat berbanding mata wang konvensional yang turun nilai mata wang, apakah ia menjadi isu jika memanfaatkan rakyat, mereka yang menggunakannya” kata Husam.
“Jadi kita kena lihat sama ada memanfaatkan rakyat atau tidak,” katanya. Semalam, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat.
Mustapa juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara. “Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan),” kata Mustapa.
Jumaat lalu, Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
baca artikel penuh...di sini.
1 komen:
salam...
mereka ini (UMNO)sangat licik, tetapi, selicik-licik mereka, bolehkah mereka ini menjawab isu judi bola?
kalau mereka ini bolek kata Kelantan memandai-mandai, yang mereka ni memandai-mandai dalam hukum Allah macam mana pula?
Post a Comment