Thursday, September 16, 2010

Sesetengah Hakim Di Malaysia Lebih Gemar Syurga Di Dunia Berbanding Di Akhirat - Bekas Presiden Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 16 SEPT - Kerajaan pemerintah di Malaysia dilihat lebih gemar melayan hakim sebagai seorang ahli sukan yang perlu patuh kepada setiap telunjuk seseorang jurulatih - watak yang menjadi kegemaran mereka.

"Sebagai ahli sukan, mereka perlu patuh kepada telunjuk jurulatih dan ahli politik di Malaysia tidak pula akur kepada hakim, sebaliknya menukarkan mereka apabila keputusan tidak memihak kepada mereka..."

Demikian analogi yang diberi bekas Presiden Majlis Peguam, Suleiman Abdullah pada sidang media sempena pelancaran fasa keenam kempen Perlembagaanku di Bazar Bijou, Jalan Bangkung, Bangsar di sini, hari ini.

Beliau kesal kerana kebanyakan ahli politik tidak menghormati profesion kehakiman dan menggunakan kuasa eksekutif mereka untuk 'menjatuhkan hukuman' kepada hakim yang tidak menyebelahi kepentingan mereka.

Bagi Suleiman yang masih mengganggotai Majlis Peguam, semua hakim perlu dihormati semua pihak walaupuan keputusan penghakiman mereka disukai atau sebaliknya, malah hakim sepatutnya memiliki kehidupan tersendiri yang unik dan 'sunyi'.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan pengamal media supaya berganding bahu dalam memastikan intitusi kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan berkecuali.

"Di negara luar terutama England, rakyat dan media sentiasa bersama-sama mempertahan intitusi kehakiman. Kita harap semua ini akan berlaku di Malaysia," katanya.

Suleiman turut mengingatkan hakim yang beragama Islam supaya bertanggung jawab dan adil ketika membuat penghakiman lantaran ajaran Islam jelas menyebut, hanya seorang dari nisbah tiga layak ke syurga.

"Akan tetapi, ada sesetengah hakim di Malaysia lebih gemar syurga di dunia berbanding di akhirat," katanya, sinis.

Pada program itu, pelbagai acara sambutan Hari Malaysia turut berlangsung termasuk bazar membeli-belah dan acara pentas yang dikunjungi pelbagai lapisan rakyat tempatan dan warga asing.

sumber : tvselangor.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura