Monday, September 20, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010 Daripada ADUN Sura

DUNGUN 20 September, Isnin - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2010 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 21 hingga 23 September, 2010.
Seramai 494,493 murid akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, daripada jumlah itu 373,190 murid adalah dari Sekolah Kebangsaan, 96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 16,965 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

(Gambar - ADUN Sura ketika menyampaikan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2009, adik Nor Hafiza Binti Aziz dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun di Kampung Padang Jambu)

Selebihnya adalah calon dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu seramai 8,163 dan 9 orang dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina. "Peperiksaan akan diadakan di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara yang melibatkan 47,768 petugas peperiksaan," menurut kenyataan itu.

" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang ", katanya.

# sila lihat Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2010 di ruangan Notis blog ini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura