Thursday, September 2, 2010

Al-Qassam : Operasi Hebron Rentetan Siri Tindak Balas Atas Kekejaman Zionis

Khamis, 02 Sept. - Briged As-Syahid Ezzudeen Al-Qasam, sayap ketenteraan Hamas telah menggelarkan operasi Hebron ini sebagai “sailun naar (banjir api)” yang pada hari Selasa (31 Ogos) lalu telah menumbangkan sejumlah 4 tentera Zionis, menguatkan lagi bahawa operasi ini adalah siri tindak balas terhadap kekejaman Zionis.

“Briged Al-Qassam” berkata dalam sebuah kenyataan pada petang Selasa (31 Ogos) yang diterima dalam bentuk salinan oleh “Pusat Informasi Palestin”, bahawa operasi Hebron ini adalah satu perjuangan mulia para Mujahideen, “Operasi ini adalah rentetan operasi yang lepas, dan pada masa hadapan (dengan izin Allah), pelancaran serangan akan diteruskan sebagai respon terhadap kekejaman musuh yang tidak henti-henti tetapi sebaliknya terus meningkat terhadap hak bangsa (Palestin). Operasi ini juga akan terus membalas pelancaran keganasan bertubi-tubi pihak kejam Zionis”. Al-Qassam menegaskan lagi bahawa operasi ini adalah pelengkap projek Jihad dan perjuangan melawan musuh Zionis, dan akan terus berjalan sehingga tanah Palestin bebas dan Al-Quds disucikan semula.

Al-Qassam menambah, “ini (operasi Hebron) adalah sebagai pengajaran untuk pihak Zionis dan sekutunya, dan selagi keganasan, Yahudisasi Al-Quds, pencerobohan bangunan-bangunan terus berlaku, tindak balas penentangan tidak akan berhenti dan akan terus bertambah kuat. Operasi ini adalah respon semula jadi terhadap kezaliman pihak Zionis di Jerusalem, Tebing Barat dan Jalur Gaza.

sumber : palestikini.info

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura