Thursday, September 9, 2010

PAS Cawangan Jalan Lembah Beri Sumbangan Kepada Faqir Miskin

DUNGUN 9 September, Khamis - PAS Cawangan Jalan Lembah tidak ketinggalan dalam mengejar kelebihan bersedeqah di bulan Ramadhan apabila seramai 25 orang faqir miskin telah menerima sumbangan, di sini baru-baru ini.
Sumbangan yang dilakukan dari rumah ke rumah setiap penerima sumbangan itu, telah disempurnakan oleh Ketua PAS Cawangan, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil bersama naib ketuanya, Encik Ridzuan Mohamad Noor.

" Walaupun sumbangan yang kami berikan tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan golongan penerima ini, "

" Kami cuba melaksanakan lagi progran ini di tahun akan datang, sekiranya mendapat sumbangan daripada golongan yang cakna terhadap golongan yang memerlukan, kami akan selaraskan sumbangan untuk diagihkan di peringkat kampung ini ", demikian menurut Encik Ridzuan Mohamad Noor.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura