Thursday, September 9, 2010

Ibu Terabai Dapat Perhatian ADUN Sura Menjelang Aidilfitri 1431

DUNGUN 10 September, Jumaat - Seramai 44 orang ibu-ibu terabai yang ditinggalkan atau berpisah dengan suami masing-masing mendapat perhatian daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli beberapa hari menjelang Aidilfitri baru-baru ini.
" Dengan adanya sumbangan daripada mereka yang bersimpati terhadap ibu-ibu terabai ini, dapatlah majlis ini diadakan, kadar sumbangan adalah berdasarkan jumlah tanggungan yang disara oleh mereka, dengan ini dapatlah meringankan bebanan saraan ke atas ibu-ibu ini untuk turut sama menyambut Aidlfitri ", ujar ADUN Sura.
" Saya menyeru semua pihak agar dapat sama-sama menghulurkan bantuan dan sumbangan ke atas golongan yang kurang bernasib ini di tahun-tahun akan datang ", demikian harapan Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli merangkap YDP PAS Kawasan Dungun.
Majlis sumbangan tersebut telah diadakan di Surau Padang Jambu, di mana selain sumbangan kewangan, para penerima yang telah dikenalpasti oleh PAS Cawangan-cawangan tersebut turut menerima sumbangan beras dengan kadar nisbah bilangan tanggungan masing-masing.
Sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Sura sendiri dan turut dibantu oleh Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura