Thursday, September 30, 2010

Adun UMNO Pulau Pinang Disaran Pulangkan Duit Gaji

PULAU PINANG 30 SEPT : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan...

Wednesday, September 29, 2010

HAMAS : Perbincangan PA Dengan Israel Merupakan Jenayah Terhadap Rakyat Palestin

Rabu ,29/09/2010 – Gerakan Hamas mengutuk Pihak Berkuasa Palestin ekoran perbincangan damai yang mereka lakukan dengan Israel. Menurut Hamas, ia bukan sahaja jenayah terhadap rakyat Palestin malahan bertentangan dengan konsensus kebangsaan dan akan merugikan semua. Dalam sessi bersama media, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum meminta Presiden Mahmoud Abbas agar segera menarik diri dari perundingan itu. Tambahnya...

Tuesday, September 28, 2010

Hari Keluarga DUN Sura 2010 Meriah

DUNGUN 29 September, Rabu - Program anjuran PAS terus mendapat sambutan daripada masyarakat setempat, terbaru di DUN Sura, di sini, baru-baru ini, Hari Keluarga DUN Sura 2010 dikunjungi pelbagai peringkat usia.Majlis yang telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli itu berlangsung dalam suasana penuh kekeluargaan selain dapat mengeratkan hubungan sesama warga...

Perbalahan UMNO Terengganu tiada obat

Perbalahan diantara pemimpin Umno Terengganu sudah tidak ada ubatnya.Pelantikan Naib Presiden Umno Dato’ Seri Hishamudin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tidak mengurangkan sedikit pun perbalahan Umno.Perpecahan Umno Terengganu adalah kerana merebut pangkat dan jawatan yang menjanjikan habuan wang dan harta.Sebagai contoh perpecahan Umno Kuala Terengganu kerana perebutan jawatan Penyelaras...

Monday, September 27, 2010

KEMASKINI : ADUN Galas Meninggal Dunia...Latar Belakang Ringkas DUN Galas, SPR Akan Tentukan Tarikh PRK

ADUN Galas Kembali Ke RahmatullahDun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah...

Sunday, September 26, 2010

Pemimpin UMNO lah Yang Menghilangkan Kuasa Dan Suara Melayu-Islam : Presiden PAS

PANDANGAN Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan UMNO lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang tidak berpijak di bumi kenyataan dan igauan takutkan kekalahan kerana dibejati kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa memimpin negara.Semuanya ini telah sekali lagi diulang...

Saturday, September 25, 2010

Saintis USA Buktikan Nabi Musa A.S. Belah Laut

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.(gambar ilustrasi)Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik. Kitab al-Quran menceritakan...

Friday, September 24, 2010

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk “Israel, let’s talk about it”, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi...

Wednesday, September 22, 2010

PBT Terengganu tidak kompeten

Sudah dua tahun lebih, Dato’ Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dengan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.Dalam tempoh itu juga, rakyat melihat masalah ‘remeh temeh’ birokrasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak berkesudahan.Di Besut, dua projek pihak berkuasa tempatan yang bermasalah ialah projek pembinaan Jerteh Souq yang berharga hampir RM70 juta dan projek pembinaan Medan Selera Majlis...

Tuesday, September 21, 2010

Hari Keluarga DUN Sura 25 September

DUNGUN 21 September, Selasa - Kehadiran PAS di tengah masyarakat terus dijana di saat rakyat mengharapkan angin perubahan berlaku khususnya di negeri Terengganu.Di DUN Sura, Dungun bertempat di Dataran Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate akan diadakan program Hari Keluarga dengan tema 'Keluargaku...Sokong PAS!!'" Hari Keluarga DUN Sura pada tahun ini akan diadakan pada 25 September, hari Sabtu bermula jam 8.00...

Royalti : Tok Guru Pondok Bermunajat Di Mekah

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat...

Monday, September 20, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010 Daripada ADUN Sura

DUNGUN 20 September, Isnin - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2010 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 21 hingga 23 September, 2010.Seramai 494,493 murid akan menduduki Ujian Pencapaian ...

Pembinaan Hospital Baru Untuk Warga Dungun Satu Keperluan Mendesak - ADUN Sura

DUNGUN 20 Sept, Isnin - Rakyat mahu jawapan yang meyakinkan daripada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berkaitan pembinaan Hospital Dungun yang telah tertunda sekian lama.Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli berkata, pembinaan sebuah hospital baru untuk warga Dungun adalah satu keperluan yang sangat mendesak."Pembinaan...

Thursday, September 16, 2010

Sesetengah Hakim Di Malaysia Lebih Gemar Syurga Di Dunia Berbanding Di Akhirat - Bekas Presiden Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 16 SEPT - Kerajaan pemerintah di Malaysia dilihat lebih gemar melayan hakim sebagai seorang ahli sukan yang perlu patuh kepada setiap telunjuk seseorang jurulatih - watak yang menjadi kegemaran mereka."Sebagai ahli sukan, mereka perlu patuh kepada telunjuk jurulatih dan ahli politik di Malaysia tidak pula akur kepada hakim, sebaliknya menukarkan mereka apabila keputusan tidak memihak kepada mereka..."Demikian...

Tuesday, September 14, 2010

Kempen Tandatangan Membantah Saman Ekor

Kepada: Kerajaan MalaysiaDewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus. Kemungkinan...

Siri bergambar : Baiki pagar longkang

Tinjauan di lokasi oleh Team IT Pemuda Dun Sura pada 14 September 20...

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat Dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan...

Monday, September 13, 2010

Baiki pagar longkang

DUNGUN: Penduduk di sekitar Flet Bijangga di sini, mahu pihak berkuasa membaiki pagar sisi longkang besar di depan kawasan perumahan mereka yang rosak sejak lima tahun lalu.Longkang besar sedalam 2 meter dan selebar 4 meter itu bermanfaat kepada penduduk terutama untuk mengawal banjir tetapi dengan ketiadaan pagar sisi, ia membentangkan bahaya kepada pengguna kenderaan dan kanak-kanak terutama ketika berselisih di jalan itu yang sempit.Sebelum itu, longkang itu sudah dilengkapi dengan pagar sisi, namun, ia dicuri sehingga menyebabkan...

Sunday, September 12, 2010

Syawal Dan Peperangan Ahzab

Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah bersama menghayati sirah Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab.Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud. Kaum Quraisy ingin menumpaskan kesemua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar. Ribuan pasukan yang terdiri dari puak...

Saturday, September 11, 2010

Pelbagai Lapisan Masyarakat Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sura

DUNGUN 11 September, Sabtu - Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah telah dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa di sini, hari ini.Beraneka juadah disediakan untuk sajian tetamu yang hadir. Masing-masing hadir mengambil kesempatan saling bermaafan, bertanya khabar selain berbicara ringkas hal-hal isu semasa politik tanah...
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura