Monday, December 14, 2009

Penghargaan Pelajar Cemerlang UPSR di Telok Lipat

DUNGUN 14 Disember Isnin - Di bawah pentadbiran PAS Cawangan Telok Lipat, 2 orang pelajar cemerlang UPSR 2009 yang memperolehi keputusan 5A telah menerima kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Mereka adalah di antara pelajar cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.

ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Telok Lipat, Haji Mohd Salim Uda semasa hadir menemui para pelajar dan keluarga masing-masing.

Adik Mohammad Izham Hafez Bin Mohd Nafiha
bersama ADUN Sura dan Hj Mohd Salim Uda,
Ketua PAS Cawangan selepas menerima sumbangan

Adik Ahmad Maher Bin Amiruddin sedang menerima
sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura
di rumah bapanya di Telok Lipat

Kedua-dua orang pelajar telah menerima ucapan tahniah dan sumbangan peribadi daripada ADUN Sura dan PAS Cawangan sebagai penghargaan di atas kejayaan masing-masing.

Sebelum ini, beberapa orang pelajar cemerlang UPSR turut dikunjungi oleh ADUN Sura di Tanah Lot, Padang Jambu dan Jalan Lembah. Sumbangan penghargaan ini turut mendapat liputan di BuletinOnline.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura