DUNGUN 3 Dis Khamis - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah melakukan lawatan ke pusat perpindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun petang tadi. Lawatan beliau selaku Pengarah MTD Sura turut diiringi beberapa orang Ahli Jawatankuasa MTD Sura, Pemuda dan Muslimat. Isteri ADUN Sura, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd, turut serta menemui mangsa banjir semasa lawatan ini.

Berdasarkan catatan di papan kenyataan di pusat perpindahan tersebut, seramai 107 orang daripada 27 keluarga telah ditempatkan di situ yang terdiri dari 4 buah kampung, iaitu Kampung Batu 48 seramai 44 orang, Bukit Chatak 13 orang, Jalan Lembah 45 orang dan Teluk Lipat 5 orang.



Y.B. ADUN Sura turut menyampaikan sumbangan peribadi sempena kunjungan tersebut, beliau turut melahirkan harapan kepada pihak bertanggungjawab supaya menyegerakan penyelesaian berhubung permasalahan banjir di bandar ini.



" Adalah menjadi harapan yang tinggi kepada para penduduk di daerah ini sesuai dengan kenaikan taraf Dungun sebagai majlis perbandaran, seharusnya digembeleng segala kepakaran dan kemudahan yang ada untuk menyelesaikan masalah banjir ini, termasuk mencari jalan bagaimana untuk mewujudkan sistem perparitan yang mampu mengalirkan takungan air hujan di beberapa tempat yang sering ditenggelami akibat hujan berterusan." ujar beliau merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun.
Arkib Laman
-
▼
2009
(494)
-
▼
December
(51)
- Hadiah Tahun Baru, Harga Gula Naik 20 Sen
- Kejayaan Generasi Akhir UPSR SRABT Dirai
- PAS Bohongi Umat Islam, Ketepi Hudud
- Mangsa Kedua Ditemui 30 KM Dari Tempat Kejadian
- Kelab Penyokong PAS Diiktiraf Sebagai Dewan
- ADUN Sura Gerakkan Solat Hajat Di Pantai Sura Jeti
- Konon Bela Rakyat, Yang Senang Wakil Rakyat
- Tindakan MB Terengganu Dibidas ADUN Sura
- ADUN Sura Rai Pelajar Cemerlang UPSR Di 3 Caw
- Kekuatan Manusia Pada Al-Quran
- ADUN Sura Di Majlis Kacau Bubur Asyura
- Pemain Liverpool Masuk Islam
- Gempa Bumi Kuat Di Laut Banda, Indonesia
- Terengganu Lancar 'Ops Al-Falah' Sepanjang 2010
- Manusia Tidak Digunakan Akal, Teruk Drp Haiwan
- PAS Penerus Perjuangan Nabi SAW - Yusof Qardawi
- Info Enjin Pesawat Northrop F-5E
- 'Kontraktor OKU' Punca Binaan Runtuh : NGO
- Keputusan PMR 2009 Diumum 24 Disember Lusa
- Lagi Keruntuhan Di Terengganu
- Blog Sebagai Medan Dakwah, Bukan Medan Fitnah
- Dasar Pakatan Rakyat
- Konvensyen Lulus Dasar Pakatan Rakyat
- Perutusan Maal Hijrah - Ketua Penerangan PAS
- Bajet 2010 : Penyelesaian Islam ? - MP PAS Marang
- Royalti : Siapa Yang Celupar ?
- Majlis Khitan Beramai-Ramai DUN Sura 2009
- Penghargaan Pelajar Cemerlang UPSR di Telok Lipat
- PAS Lancar Kempen 'UMNO Pengkhianat Rakyat'
- Royalti : Satu Kupasan Oleh Naib Presiden PAS
- Isu Royalti Minyak Panaskan Wacana Islam
- Dapatkan Buku Terkini TG Hj Abdul Hadi Di Pasaran
- Lagi Gambar Majlis Qurban 1430 Di DUN Sura
- PAS Mahu Bina Manusia Guna Akal Untuk Kebaikan
- Bahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Bajet
- Ucapan Akhir Sebelum Kembali Bertemu Allah Taala
- MP HAMAS Palestin Temui Speaker Dewan Rakyat
- BTN Perlu Ikut Acuan Islam - TG Nik Aziz
- Video : TGHH Menjawab Isu Semasa
- Penghargaan 5A UPSR di Pdg Jambu & Jln Lembah
- Video Ucapan TGNA 5 Disember, 2009
- Video Ucapan TGNA 5 Disember, 2009
- Video Ucapan TGNA 5 Disember, 2009
- Video Ucapan TGNA 5 Disember, 2009
- Hanya Kemaman Dan Kuala Terengganu Masih Banjir
- Ahli Parlimen PAS Marang Bela Guru Wanita
- Sumbangan Cemerlang UPSR 2009 Bermula
- Berjuanglah Untuk Menegakkan Agama Allah
- Lawatan ADUN Sura Ke Pusat Perpindahan Banjir
- Jemaah Haji Malaysia Mula Pulang Esok
- Amaran Hujan Lebat Di Dua Daerah Terengganu
0 komen:
Post a Comment