DUNGUN 29 Disember, Selasa - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menggerakkan satu operasi solat hajat malam tadi di Pantai Sura Jeti, memohon dipermudahkan penemuan seorang lagi mangsa lemas berikutan tragedi yang berlaku petang Ahad, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, dua beradik, Ahmad Amirul Hafiz Jaafar, 10 dan adiknya Ahmad Amirul Haikal Jaafar, 10 yang sedang mandi laut dipercayai lemas setelah dipukul ombak besar yang menghempas pantai.
Berikutan itu, usaha menjejaki mereka dijalankan membabitkan polis, Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk kampung.
Kira-kira jam 8.45 pagi semalam, mangsa pertama tragedi, Ahmad Amirul Hafiz berjaya ditemui dalam jarak lebih kurang 300 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.
Petang semalam, keluarga mangsa menerima kunjungan ADUN Sura dan pada masa yang sama turut menerima kunjungan Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamli, bersama Ketua Polis Daerah, Superitendan Dahlan Mohd Noor (berita dan gambar : Sinar Harian EDISI TERENGGANU, 29 Disember Selasa T17)
ADUN Sura (lima dari kanan, berjubah ungu) menyertai
solat hajat malam tadi, di Pantai Sura Jeti, turut hadir sama,
Ketua Pemuda DUN Sura, Ustaz Sheikh Muhammad
Hanafi Abd Aziz (berjubah hijau)
Hebahan solat hajat yang dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (sms) ini berjaya menghimpunkan jamaah sehingga mereka yang hadir agak lewat, menunaikan sekali lagi di tapak yang sama.solat hajat malam tadi, di Pantai Sura Jeti, turut hadir sama,
Ketua Pemuda DUN Sura, Ustaz Sheikh Muhammad
Hanafi Abd Aziz (berjubah hijau)
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, dua beradik, Ahmad Amirul Hafiz Jaafar, 10 dan adiknya Ahmad Amirul Haikal Jaafar, 10 yang sedang mandi laut dipercayai lemas setelah dipukul ombak besar yang menghempas pantai.
Berikutan itu, usaha menjejaki mereka dijalankan membabitkan polis, Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk kampung.
Kira-kira jam 8.45 pagi semalam, mangsa pertama tragedi, Ahmad Amirul Hafiz berjaya ditemui dalam jarak lebih kurang 300 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.
Petang semalam, keluarga mangsa menerima kunjungan ADUN Sura dan pada masa yang sama turut menerima kunjungan Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamli, bersama Ketua Polis Daerah, Superitendan Dahlan Mohd Noor (berita dan gambar : Sinar Harian EDISI TERENGGANU, 29 Disember Selasa T17)
0 komen:
Post a Comment