Tuesday, December 15, 2009

Majlis Khitan Beramai-Ramai DUN Sura 2009

DUNGUN 15 Disember Selasa - Majlis Tindakan DUN Sura berjaya menganjurkan Majlis Khitan Beramai-Ramai pada 4 hingga 5 Disember baru-baru ini, selama dua hari.

Gambar hiasan...ADUN Sura, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli
mengucapkan takziah kepada Prof Madya Tengku Yusoff,
Pengarah Kampus UiTM Terengganu Kampus Dungun,
di atas kematian bapanya, Tengku Mahmud Embong hari ini, 15 Dis

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura, pada 3 Disember Khamis bertempat di lokasi majlis khitan iaitu di Surau Ustaz Haji Omar Shukri.

Sebelum majlis perasmian pada malam tersebut, solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Haji Wan Mohd Sufiyan Ismail, Ketua Urusan Ulama' dan al-Mala' DUN Sura.


Sebahagian kanak-kanak yang menyertai Majlis Khitan
Beramai-Ramai baru-baru ini, sedang menunggu giliran

Seramai 55 orang kanak-kanak telah menyertai acara khitan beramai-ramai sempena musim cuti persekolahan ini yang terdiri dari beberapa kampung sekitar DUN Sura.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura