Saturday, August 29, 2009

7,932 Kes Pelajar Langgar Disiplin Sehingga 30 Jun

KUALA TERENGGANU 29 Ogos Sabtu - Sejumlah 7,932 kes pelanggaran disiplin yang melibatkan pelajar sekolah di negeri ini sehingga 30 Jun lalu, kata Menteri Besar, Datu Ahmad Said dalam jawapan kepada soalan bertulis Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Sura).

Daripada jumlah tersebut, ponteng kelas merupakan kes tertinggi iaitu 2,593 kes, datang lewat ke sekolah (710), menghisap rokok (692), ponteng sekolah (505), memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah (395) dan bergaduh (260) yang melibatkan Daerah Kuala Terengganu Selatan mencata kes paling tinggi iaitu 1,543 kes, diikuti Setiu (1,408), Kuala Terengganu Utara (1,260), Dungun (1,150), Kemaman (960), Marang (675), Hulu Terengganu (517) dan Besut (419).

Selain itu, pelanggaran disiplin yang lain termasuk mencuri, mengancam/memukul/mencederakan murid lain, menyimpan rokok, rambut panjang/fesyen rambut keterlaluan, tidak menghormati guru, mengganggu pengajaran dan pembelajaran, ponteng perhimpunan, membuli, berkelakuan kasar terhadap murid, merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain.

dipetik dari akhbar tabloid Siasah terbaru
Bilangan 0164 yang sedang berada di pasaran

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura