WAN NORDIN WAN YAACOB Sat | Aug 01, 09 | 5:35:13 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - "Kami akan berdemonstrasi lagi hingga ISA dimansuhkan" demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua yang berucap di belakang Kompleks Pertama di hadapan kira-kira 10,000 peserta himpunan Mansuh ISA. Tepat jam 3.45, setelah beberapa kali polis menghalang peserta himpunan yang berarak menuju ke Dataran Merdeka, himpunan dihentikan sebentar di belakang Kompleks Pertama. Tian Chua berkata, walaupun polis menyerang peserta himpunan namun, ia sedikitpun tidak menghalang peserta untuk melangkah merempuh sekatan yang dibuat polis. Apa yang penting ujarnya, himpunan ini adalah mesej rakyat kepada kerajaan yang zalim yang masih mempertahankan ISA sebagai survival kuasa mereka. Sependapat dengan Tian, Pengerusi Gerakan Masuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Seyd Noh berkata, himpunan akan tetap diteruskan bagi menyatakan rasa benci rakyat terhadap penggunaan ISA yang telah menzalimi mereka yang tidak bersalah. "Jika kerajaan berniat meneruskan akta ini, jangan lupa mereka juga akan jatuh kerana rakyat menentang akta ini," ujarnya lagi. Selang beberapa minit selepas selesai berucap, himpunan cuba digerakkan ke arah Dataran Merdeka, namun polis dan FRU menggunakan water cannon bagi menyembur air selain gas pemedih mata. Penulis sendiri tidak terkecuali dari terkena tembakan pemedih mata bersama beberapa wartawan lain. Seorang peserta himpunan, Najib Hanafi berkata, polis menggunakan kekasaran termasuk kepada wanita dan orang tua ketika menyuraikan himpunan. "Tindakan ini hanya memburukkkan lagi suasana demokrasi di negara ini, polis patutnya mengawal jenayah bukannya menghalang suara rakyat dari membantah akta yang zalim," ujar beliau yang datang dari Subang Jaya. Beberapa rakan media cetak turut mengeluh dengan penggunaan gas pemedih mata oleh polis untuk menyuraikan himpunan./wann_ sebahagian gambar dipetik dari sini... ikuti berita berkaitan, di bawah :- |
SELAMAT MENJALANI SESI BARU PERSEKOLAHAN
6 years ago
0 komen:
Post a Comment