Thursday, May 14, 2009

Yayasan Amal Malaysia Di Minggu Palestine

by palestinkini

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Bertempat di Ruang Legar Tingkat Bawah Medan MARA di Kuala Lumpur, Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) dengan kerjasama Aman Palestin telah menganjurkan Minggu Palestine. Beberapa NGO sekitar lembah klang telah menyertai minggu palestine dan Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) antara yang di jemput untuk bersama menjayakan program minggu pameran tersebut.

Yayasan Amal Malaysia yang diberi amanah menjayakan projek kemudahan asas di Gaza Mac lepas, antara puluhan NGO yang dilihat komited dalam sebarang bentuk projek amal dan pembangunan semula Gaza, selaras dengan motto NGO tersebut ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan”.

Selain daripada Yayasan Amal Malaysia, pertubuhan lain seperti HALUAN Malaysia, Aman Palestine, JIM, Global Peace dan Persatuan Pengguna IslamMalaysia (PPIM) juga antara yang menjayakan minggu ini. Minggu pameran yang bermula dari 4 hingga 8 Mei itu di penuhi dengan aktiviti-aktiviti antaranya pameran serta tayangan video Palestine, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan mendeklamasikan sajak bertemakan Palestine.

Turut sama dalam minggu Palestine itu, program Derma Darah Hospital Kuala Lumpur dan Program Pemantapan Profesionalisma MARA berakhir pada 8 Mei hari terakhir minggu itu. Jurucakap Yayasan Amal ketika dihubungi memberitahu, sambutan orang ramai sangat menggalakkan, terutamanya ketika tayangan video kekejaman zionis terhadap penduduk palestin dimainkan.

“Ini menunjukkan masyarakat Malaysia semakin peka dan sensitif terhadap isu ini, dan ini secara tidak langsung menambah keyakinan, semangat gigih untuk kami menyebarkan kesedaran tentang permasalahan Palestin kepada masyarakat,” ujar beliau yang turut serta dalam pameran sepanjang minggu tersebut.

Justeru itu, beliau menyeru kepada masyarakat supaya dapat terus membantu, sebarang bantuan, bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, kerana pembangunan semula Gaza, dan Palestin secara umumnya, sangat memerlukan komitmen yang besar dan berterusan.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura