Monday, May 11, 2009

Mesy EXCO Jam 11 Malam Dipengerusikan Nizar

NIZAR PENGERUSI MESYUARAT EXCO 11 MALAM,
7 JAM SUSULAN KEPUTUSAN MAHKAMAH

ANGGOTA Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meletakkan penghadang dan bersedia dengan trak meriam air di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini sebagai langkah berjaga-jaga jika timbul sebarang kekecohan --fotoTHE STAR oleh ZABIDI TUSIN

PETALING JAYA : Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang disahkan sebagai Menteri Besar selepas 96 hari 'berehat' akan mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya pada pukul 11 malam ini.

Ia disahkan oleh Datuk Ngeh Khoo Ham yang merupakan Exco Kanan dalam kerajaan Pakatan Rakyat sehingga awal Februari lalu.

"Kami akan adakan mesyuarat Exco pukul 11 malam dan selepas itu kami akan adakan sidang media," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mesyuarat itu turut disahkan oleh seorang lagi ADUN Pakatan, N. Sivanesan yang juga Exco sehingga Februari lalu.

Ngeh yang Pengerusi DAP Perak berkata, esok pihaknya akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Raja Muda Raja Nazrin.

"Esok, pagi kami cuma nak memohon untuk menghadap Tuanku bukan menghadap...media telah petik petang tadi," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

sila ikuti perkembangan terkini

SELEPAS DS NIZAR DISAHKAN MB PERAK

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura