Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu : Detik Kebanggaan Bagi Ibu Speaker Perak


Saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan seorang ibu tidak boleh ditandingi dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang ibu tidak pernah luntur. Setiap ibu mahukan anaknya berjaya dalam hidup. Tidak pernah seorang ibu mahu melihat anaknya kecundang atau dihina oleh sesiapa. Bagi seorang ibu, anaknya adalah permata yang tiada nilai tandingannya. Dalam Bahasa Tamil ada satu pepatah yang ingin saya terjemaahkan di sini, "Bagi seekor gagak, anaknya tetap anak emas". Maksudnya, walaupun rupa anak itu tidak cantik ataupun terdapat kecacatan dari segi fizikal atau moral, dalam apa keadaan sekali pun, bagi seorang ibu anaknya tetap istemewa.

Pagi ini, hati saya tergetas apabila mengimbas kembali zaman kanak-kanak saya. Begitu banyak pengorbanan yang dibuat oleh ibu saya. Walaupun saya datang dari keluarga yang sangat sederhana, tetapi ibu saya tidak pernah bertolak ansur dalam tanggungjawabnya untuk memdidik saya. Baginya kejayaan saya hanya boleh dicapai melalui pendidikan. Saya masih ingat, ibu saya selalu menasihati saya supaya jangan tinggalkan pelajaran dalam apa jua keadaan atau kesusahan. Saya tidak dibenarkan mengambil cuti sekolah walaupun sakit, kecuali dalam keadaan amat terdesak. Tetapi, ianya jarang-jarang berlaku. Saya faham isi hatinya. Impian ibu saya tercapai apabila saya menjejak kaki ke dalam menara gading pilihannya.

Kegembiraan ibu saya adalah tak terhingga sewaktu saya dipilih sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang dicintai. Peristiwa ini berlaku pada 25 April 2008 (gambar di atas). Tetapi, detik yang paling membanggakan ibu saya ialah apabila saya diheret keluar dari Dewan Negeri kerana berani memperjuangkan hak rakyat. Menurutnya, kesetiaan saya dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat telah membuat dirinya sebagai seorang ibu yang istemewa. Kata-katanya itu memberi rangsangan dan semangat baru dalam hati naluri saya. Di sini saya ingin merakamkan sembah dengan menyentuh tapak kaki ibu saya yang menjadikan segala-galanya dalam hidup saya. SELAMAT HARI IBU.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura