Monday, May 25, 2009

Sekitar Ziarah YB ADUN Sura

DUNGUN 25 Mei - Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan silaturrahim sesama Islam.

Amalan ziarah di kalangan orang-orang Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar dalam masa sakit sahaja. Amalan ziarah ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kaum keluarga, yang tua, bujang dan lain-lain. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Maksudnya:

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga” (Riwayat: at-Tirmizi)

Encik Mohd Yusof Ismail, seorang aktivis parti yang
semakin beransur pulih dari Kg Bukit Chatak


Ibu tunggal dari Rumah Murah Kg Nibong

Seorang warga emas yang mengalami musibah terjatuh
di rumahnya di Kg Bukit Chatak sejak 3 bulan lalu

Sehubungan dengan itu, YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura telah mengambil inisiatif mengunjungi golongan ini - bertanya khabar serta memberi kata perangsang supaya bersabar di atas musibah yang menimpa.

Kunjungan beliau turut diiringi serta dengan kerjasama oleh wakil PAS Cawangan setempat. Amalan berziarah pada umumnya dapat memenuhi keperluan emosi dan rohani insan.

Beliau yang merupakan YDP PAS Kawasan Dungun menekankan bahawa amalan ziarah ini akan diteruskan sepanjang masa dan bukannya hanya tertumpu semasa pilihan raya semata-mata.

Seorang balu yang baru kematian suami di Kg Bukit Chatak

Seorang balu yang kematian suami di Kg Bukit Chatak

Warga emas bersama cucunya di Rumah Murah Kg Nibong

Wakil kepada mangsa kemalangan di Kg Batu 48

Seorang mangsa kemalangan di Kg Tanah Lot

" Amalan berziarah sememangnya amalan yang amat dituntut oleh Islam. Amalan berziarah dapat mengukuhkan ukhuwah di samping kita dapat mengambil berat tentang keadaan insan lain serta keluarga mereka terutamanya golongan fakir miskin, orang sakit atau orang yang baru meninggal dunia, " ujarnya.

" Ketika berziarah, dengan bersalaman, bermaafan serta bertukar-tukar khabar, kita dapat berkongsi rasa, lalu mampu memberikan ketenangan emosi buat diri. Amalan berziarah memberikan peluang kepada anggota masyarakat untuk saling mengenali (lita’arafu) serta mewujudkan perpaduan di kalangan umat, " tambah beliau lagi.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura