Sunday, May 17, 2009

ADUN Sura Ingati Hari Guru

Banner ..... Selamat Hari Guru, TERIMA KASIH CIKGU,
Guru Pembina Negara Bangsa.....ikhlas daripada YB ADUN Sura,

Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli & PAS Kawasan Dungun


DUNGUN Ahad 17 Mei - Setiap tahun peranan guru dalam mendidik generasi pelajar diraikan di seluruh negara dalam pelbagai bentuk sambutan dan keraian. Jasa warga pendidik terhadap kejayaan para pelajar sememangnya wajar diberi penghargaan.


Di belakang kecemerlangan pelajar ini adalah adunan kecekalan dan hasrat yang tinggi para guru untuk melihat anak didik mereka berupaya mencipta kejayaan sepanjang tempoh pembelajaran.


Walaupun di sana diakui bahawa keikhlasan merupakan pendorong yang kuat untuk mencapai semua ini, penghargaan dari masyarakat terhadap sumbangan para pendidik adalah amat wajar diraikan semampu mungkin.

Sehubungan dengan itu, YB ADUN Sura (gambar - dirakam pada 17 Mei, 2009) telah mengambil inisiatif meraikan warga pendidik sebagai tanda ingatan di atas keikhlasan mereka menyumbang jasa di bidang pendidikan.

Di DUN Sura, sebanyak 5 buah sekolah rendah iaitu SRK Sultan Omar, SRK Pusat, SRK Bandar, SRK Kuala dan SRJK (C) Kwang Hwa sementara 4 buah sekolah menengah iaitu SMK(A) Sultan Ismail, SMK Sultan Omar, SMK Seri Dungun dan IMTIAZ Dungun serta 4 buah PASTI iaitu PASTI Qaryah Bukit Chatak 1, Bukit Chatak 2, Tanah Lot dan Alor Tembesu termasuk Pejabat Pelajaran Daerah Dungun telah menerima sumbangan kek daripada YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura