Tuesday, May 19, 2009

Kepimpinan Ulama - Lebih Agresif, Maju & Mantap

KEPIMPINAN ULAMA' : KE ARAH YANG LEBIH AGRESIF, MAJU DAN MANTAP




Written by WAN KAY
Tuesday, 19 May 2009 00:35

DUNGUN - Ketua Dewan Ulama’ Pas Terengganu, Dato’ Husin Awang berkata Gagasan Kepimpinan Ulama’ yang dimulakan sejak tahun 1982 perlu kepada perubahan ke arah kepimpinan yang lebih baik.

“Kita (Dewan Ulama’) juga mengharapkan perubahan dalam kepimpinan ini ke arah yang lebih agresif, maju dan mantap.

“Perubahan yang kita (PAS) mahu bukan dari kepimpinan Ulama’ kepada kepimpinan yang tidak Ulama’,” katanya di Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu Kali Ke-44, Dungun, Sabtu lepas.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/ulama%27Ubah%202.JPGKatanya, Ulama’ dan Profesional bukan lagi menjadi isu dalam kepimpinan PAS masa kini kerana golongan tersebut mempunyai strategi.

Menurutnya, golongan ulama’ yang profesional boleh memimpin masyarakat serta mentadbir urus negeri dengan baik.

Beliau berkata, ulama’ wajar memimpin parti dan masyarakat bagi mengekang bencana aqidah dan politik yang semakin ‘membarah’.

“Ulama’ harus memimpin masyarakat kerana golongan ini (ulama’) menjadi pengawal kepada agama, menegakkan yang hak dan mencegah kemungkaran.

“Golongan Ulama’ diperlukan dalam suasana dan keadaan masyarakat yang dilanda bencana aqidah dan politik yang merosakkan,” ujarnya.

Tambahnya, iklim politik negara semakin berubah dari tahun ke tahun dan memerlukan pendekatan serta interaksi yang menyakinkan rakyat.

Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Mohammad Daud al-Iraqi.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura