Wednesday, May 13, 2009

Pemimpin Pakatan Rakyat Bincang Esok Hal Perak



PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG
BINCANG KRISIS PERAK ESOK


KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pemimpin-pemimpin parti pembangkang akan mengadakan perjumpaan esok bagi membincangkan isu berhubung krisis politik Perak, dan bagi menentukan langkah seterusnya yang akan diambil.

Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang berkata krisis Perak bukan sesuatu yang bersifat kenegerian semata-mata, tetapi ia adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri satu forum umum di sini malam ini bagaimanapun enggan memberitahu di mana mesyuarat itu akan diadakan nanti.

Penasihat DAP itu juga berkata beliau akan mencadangkan supaya satu perjumpaan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu kerana ia membabitkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

kaitannya . . . DS NIZAR AKAN KE PEJABAT AGUNG PAS PUSAT ESOK

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura