Wednesday, May 13, 2009

Apabila Bukan Islam Bertanya Tentang Puasa Sunat

Sms dibawah ini wak terima pada 12 May,8.35pm daripada En. Siva, seorang ketua 1 pertubuhan NGO dari Sungai Siput, Perak, :
" albanjari, saya amat dukacita, keputusan mahkamah petang ini. Tuan, boleh saya tau, apa erti puasa sunat ? yang tok guru Nik Aziz seru ? Minta tuan beritahu saya.. saya adalah penyokong MB Nizar "
Demi untuk tidak menghampakan En. Siva (foto disebelah yang dimmskan kepada wak), wak jelaskan maksud puasa sunat yang TGNA sarankan pada 11 Mei yang lalu, setelah menerima kemenangan di pihak Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Jawapan untuk En. Siva :

Takrif Puasa ialah menahan lapar dan dahaga (tidak boleh makan dan minum) bermula selepas terbit fajar di ufuq timur( lebih kurang jam 5.40 pagi) dan tenggelam di ufuq barat (jam 7.35pm).

Selain menahan lapar dan dahaga puasa itu adalah mekanisme yang digunakan untuk mengawal keinginan (nafsu) manusia, apabila keinginan manusia di kawal maka manusia tidak pula berkeinginan untuk buat perkara yang melampaui batas. Apabila manusia tidak melampaui batas maka manusia hanya menurut keinginan sekadar yang dikawal dan bukan dengan tidak terkawal.

Apabila kita di timpa kesusahan, kita sering ingat Tuhan, hatta Stalin yang tidak percaya Tuhan ketika dia hendak mati pun menyebut "oh my God, please help me..!!!".

Bila kita dihimpit krisis Perlembagaan di Perak, kita sentiasa berusaha untuk mengatasinya, maka naluri manusia pasti akan teringatkan Tuhan. Kita sanggup mengorbankan masa, tenaga, harta, makan dan minum..semata-mata untuk menegakkan kebenaran atas dasar keadilan.

Dan ketika kita korbankan semua itu, keinginan kita sentiasa terkawal, kita sentiasa berfikir dan otak berterusan berfungsi semata-mata untuk memastikan hak rakyat dikembalikan semula. Dan semua itu dipanggil usaha. Dan dalam kita berusaha, kita pasti akan mengharapkan bantuan Tuhan.

Tiba2 di Mahkamah Tinggi, setelah kita berhempas pulas mengorbankan segalanya, Hakim mengisytiharkan betapa Nizar adalah MB yang sah. Naluri seluruh manusia akan menyambutnya dengan gembira dan bersyukur kepada Tuhan.

Islam telah mengajarkan umatnya agar berdoa sebelum tidur dan selepas bangun tidur, berdoa sebelum makan dan selepas makan, sebelum masuk tandas dan keluar tandas, pendek kata segala perbutan dimulakan dengan doa dan diakhiri juga dengan doa.

Doa sebelum memulakan pekerjaan adalah dalam bentuk permintaan kepada Allah(Tuhan) agar dipermudahkan urusan kerja kita, Doa selepas melakukan pekerjaan adalah dalam bentuk pujian kepada Allah(Tuhan). Pujian kepada Tuhan dipanggil syukur.

Syukur ertinya berterima kasih. Berterima kasih dengan tuhan tidak sama dengan berterima kasih dengan manusia. Berterima kasih dengan manusia boleh dibuat dengan mengucapkan "terima kasih" atau menghargai manusia itu dengan jemputan datang kerumah dan menjamu manusia itu dengan makanan ataupun memberikannya hadiah.

Allah(Tuhan) tidak sama dengan manusia, dia menciptakan manusia. Sudah pasti yang mencipta takkan sama dengan produk yang dikeluarkannya. Tukang besi tak sama bentuknya dengan besi. Begitu juga Allah(Tuhan), Allah ciptakan seluruh alam ini, maka mustahil kita menyamakan Allah(Tuhan) kepada seluruh benda yang Dia cipta. Maka kerana itulah terima kasih kepada Allah(Tuhan) tidak sama dengan terima kasih kepada manusia.

PUASA SUNAT SYUKUR adalah antara tanda kita berterima kasih kepada Allah(Tuhan) . Walaupun kita dikurniakan dengan kegembiraan, namun merayakan kegembiraan bukanlah dengan cara melupakan Tuhan seperti berpesta-pestaan dan melanggar larangan Tuhan yang lain seperti minum arak adalah dilarang bagi umat islam.

Ucapan pujian kepada Tuhan boleh disebut dengan mulut dan lidah. Tetapi mulut dan lidah manusia bila-bila masa sahaja boleh berbohong. Ada orang berkata kita percaya hukum-hukum Tuhan, tapi di dalam hati dia benci Tuhan, kesannya dia tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh Tuhan.

Maka menahan diri dari makan dan minum adalah lambang terima kasih kami orang islam kepada Tuhan, apabila semua usaha telah dimakbulkan(diperkenan) Tuhan. Bagi kami yang beragama islam, Tuhan sentiasa bersama dengan orang-orang yang Benar.

Walaupun kadang2 ada manusia yang jelas membenarkan penipuan dan kezaliman itu menang, tetapi itulah ujian bagi penyokong (pendokong) kebenaran, sejauh manakah hati kita berpendirian dengan kebenaran. Ada manusia gagal dengan ujian ini, (ramai sebenarnya) dengan memilih kezaliman untuk menyelamatkan nafsunya dan kuasanya di dunia.

Puasa sunat syukur bukan wajib, sunat makna(maksud)nya digalakkan, tidak bersalah siapa yang tidak melakukannya dan adalah lebih baik apabila melakukannya. Puasa sunat ini tanda terima kasih kita kepada Tuhan yang sentiasa bersama kita, tidak kira samada kita susah atau senang.

Ramai manusia yang hanya bersama Tuhan apabila dilanda kesusahan. Apabila telah senang dan mewah, ramai yang lupa kepada Tuhan. Kegembiraan adalah juga sebahagian dari makna kesenangan, senang selepas keluar dari kesusahan, bila senang wajar bagi kita sebagai manusia yang taat kepada Tuhan , kita ingat Tuhan, manusia yang ingatkan Tuhan akan sentiasa berterima kasih kepadanya dan taat perintahnya juga menjauhi larangannya.

Menegakkan keadilan adalah suruhan Tuhan, berjuang menolak kejahatan dan kezaliman juga adalah suruhan Tuhan. Yang dilarang oleh Tuhan adalah menolak keadilan dan menyuburkan (meraikan) kezaliman.

Dengan berpuasa, sebagai menyambut sedikit kemenangan bermakna kita telah mengawal naluri kegembiraan kita, malah kita sangat bersedia untuk berjuang pula menentang serangan yang baru. Tuhan mahukan kita sentiasa berada dalam keadaan ingat kepadanya. Apabila kita sentiasa ingat kepadanya maka kita tidak akan lupa betapa musuh sentiasa akan menyerang kita.

Begitulah secara ringkas dapat wak jelaskan berkaitan Puasa Sunat yang diseru oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada orang islam. Kepada ustaz dan ilmuan yang membaca tafsiran asas berkaitan pertanyaan En. Siva, sila lontarkan pandangan anda diruangan komen bagi menguatkan apa-apa yang kurang dari penjelasan wak ini. Terima kasih kepada sifu wak, alBanjary.

Buat En. Siva..terima kasih kerana berani bertanya, dan andalah orang yang pertama dari bukan islam yang berusaha mencari makna sebenar erti PUASA SUNAT, dan mengapa ia diseru kepada orang islam.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura