Sekali
lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka
untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk
mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang
pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup
"kreatif".

Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.
baca artikel penuh...di sini.
0 komen:
Post a Comment