DUNGUN 10 Januari, Selasa - Adam Adli, 22, penuntut Sarjana Muda Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengundang kontroversi sebelum ini kerana menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 18 Disember lalu akan menyampaikan 'bicaranya' di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, di sini.
Program anjuran Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (WARIS) ini akan berlangsung pada 14 Januari Sabtu ini.
Menurut Ketua Penerangan MTD Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, beliau (Adam) dijangka turut mengulas berhubung penggantungan tiga semester yang dikenakan oleh UPSI kerana didapati bersalah dalam insiden menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
"Saya mengambil kesempatan mengajak semua warga DUN Sura, khususnya dan Dungun amnya supaya hadir beramai-ramai mendengar bicara anak muda ini", ujar Encik Mohd Yusof.
0 komen:
Post a Comment