DUNGUN, 28 Januari Sabtu - Tanpa mengira bangsa dan fahaman politik, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli tetap menghargai kejayaan cemerlang yang diraih oleh anak-anak penduduk di bawah kawasan yang diwakilinya.
Encik Chong Tai Hwa menerima sumbangan
bagi pihak anaknya, adik Chong Wan Lin
Dalam rangka jadual sumbangan penghargaan kepada pelajar cemerlang UPSR 2011 DUN Sura, pada petang Jumaat, 27 Januari, seramai enam orang pelajar warga Tionghua tersenarai daripada jumlah dua belas orang pelajar cemerlang di Cawangan Bunga Raya dan Cawangan Sura Utara.
Puan Tan Ai Lee menerima sumbangan
bagi pihak anaknya, adik Tan Yue Shiang
Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sempat menyampaikan sendiri sumbangan kepada sebahagian pelajar berkenaan sebelum bergegas ke Kuliah Maghrib di lokasi lain. Baki sumbangan kepada pelajar yang lain disampaikan oleh wakil PAS Cawangan berkenaan.
Di Cawangan Sura Utara, empat orang pelajar cemerlang yang tersenarai ialah adik Chong Wan Lin, adik Wong Shin Yee dan adik Wong Yen Ee dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa.
Sementara adik Afeefah Binti Mohd Fakhruddin dari Sekolah Kebangsaan Sura.
Di Cawangan Bunga Raya pula seramai lapan orang pelajar cemerlang telah dikenalpasti, tiga orang daripadanya adalah pelajar Sekolah Kebangsaan Sura, iaitu adik Tengku Nurin Jazlina Binti Tg Md Noordin, adik Wan Nor Amirah Binti W Abd Shukor dan adik Noor Ameerah Binti Jelani.
Adik Don Zakaria Boavida Bin Elias Correia Boavida dari Sekolah Kebangsaan Bandar dan adik Khatijah Binti Hassan dari Sekolah Kebangsaan Batu 48.
Sementara tiga orang lagi adalah pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa, iaitu adik Tan Yue Shiang, adik Wong Chun Yuen dan adik Yeo Cheng Hao.






Bagi peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar),
rayuan tersebut dilihat lebih cenderung kepada tindakan politik
semata-mata biarpun Peguam Negara mempunyai hak dari sudut undang-undang
untuk merayu.
2. Sekarang, peneroka dilayan seolah-olah mereka pekerja ladang yang bermajikan sebuah konglomerat perladangan besar.
Tahun
1997 dan 1998 tentu sekali tahun penting dalam lipatan sejarah Negara
kita kerana pada tahun itulah kita menyaksikan mobilisasi manusia yang
disifatkan paling besar pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air.
Dari situ saya mengenali jalan raya sebagai medium sebenar menyampaikan
suara dan isi hati rakyat yang setiap satunya mungkin tidak pernah pun
merasai sejuk hawa dingin bangunan Parlimen mahupun Putrajaya. Saya
masih ingat, ayah saya juga antara demonstran tegar ketika itu. Setiap
pagi Sabtu beliau pasti akan turun ke kota. Dengan hanya berkemeja-t
dan berseluar jeans, dengan motosikal buruknya beliau akan ke sana. Pernah saya mohon untuk bersama, tapi dihalang beliau. Katanya bahaya.
Di
tengah-tengah keringat ribuan manusia, saya seorang diri asalnya. Saya
tidak kenal langsung siapa yang berada di situ. Usai demonstrasi
tersebutlah baru saya kenal beberapa rakan baru yang kini bersama dalam
satu barisan bernama Solidariti Mahasiswa Malaysia. Saya masih ingat,
ketika itu, berdepan dengan trak FRU, sebagai "first timer",
logiknya pasti saya memilih barisan paling ke belakang sekali. Namun
entah dari mana saya dapat keberanian untuk menjadi benteng hadapan.
Sekali lagi diulangi, saya hadir seorang diri tanpa rakan yang
dikenali. Namun aneh, saya tidak pula rasa keseorangan. 

