Friday, June 4, 2010

Sukarelawan Malaysia Atas Kapal Rachel Corrie Tekad Teruskan Misi

4 JUN : Pengalaman ngeri 12 sukarelawan Malaysia yang ditawan tentera Israel yang menyerang flotila bantuan kemanusiaan untuk Gaza Isnin lepas, tidak melemahkan semangat satu lagi kumpulan sukarelawan negara yang berada di atas kapal Rachel Corrie yang sedang menuju ke destinasi yang sama.

Inilah Kapal MV Rachel Corrie

Sebaliknya wakil pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka sudah lebih daripada bersedia untuk meneruskan misi menghantar bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin di Gaza.


Katanya mereka lega mendengar berita mengenai pembebasan kumpulan rakyat Malaysia yang ditawan itu, namun pada masa yang sama turut bimbang apabila mendengar mengenai layanan yang diterima.


"Kami berharap tidak akan melalui pengalaman yang serupa, tapi pilihan itu sebenarnya bukan di tangan kami. Kami bersedia menghadapi apa jua keadaan yang menanti, dan bertekad untuk meneruskan misi ini. Setiap orang di atas kapal ini nampak penuh bersemangat," katanya bagi pihak sukarelawan Malaysia di atas kapal MV Rachel Corrie.


Beliau berkata mereka berharap dengan tekanan antarabangsa dan sokongan pelbagai kerajaan, kapal itu akan diberikan laluan yang selamat ke Gaza.
Sementara itu 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan oleh tentera Israel sebelum ini kini berada di Jordan dan dijadualkan kembali ke Malaysia Ahad ini.

Pada 30 Mei lepas tiga kapal dari PGPO termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza.
Selain Shamsul, turut berada di atas Rachel Corrie adalah Anggota parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen televisyen TV3. Dua lagi kapal PGPO adalah 'Challenger 1' dan 'Challenger 2'. - BERNAMA

sumber : tvselangor.com

1 komen:

pis on June 4, 2010 at 5:58 AM said...

tahniah tun mahathir atas usahamu keatas rakyat palestin. stakat demo israel tak dengar dan rakyat palestin tak dapat faedah. semoga allah menguatkan umat islam dengan teknologi dan ekonomi berteraskan perpaduan.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura