Sunday, June 27, 2010

Hanipa Maidin : Kes Tian Chua - Mahkamah Wujudkan Kecelaruan ?

Isu sama ada Saudara Tian Chua masih layak menjadi Ahli Parlimen Batu kini hangat dibincangkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan mengurangkan hukuman denda ke atas Tian Chua daripada RM 3000-00 kepada RM 2000-00.

Isu ini melibatkan tafsiran Artikel 48 ( 1 ) (e ) Perlembagaan Persekutuan ( PP ). Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan kehilangan kelayakan Ahli Parlimen. Salah satu sebab yang membolehkan seorang Ahli Parlimen seperti Tian Chua boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen adalah jika Ahli Parlimen itu disabitkan atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari satu tahun atau hukuman denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan Ahli Parlimen itu tidak mendapat pengampunan bebas.

Dalam isu Tian Chua ini isunya adalah berkisar kepada frasa “ hukuman denda tidak kurang dari dua ribu ringgit’. Apakah tafsiran yang sebenar tantang frasa tersebut ? Adakah tidak kurang dari dua ribu ringgit termasuk denda sebanyak RM 2000 atau denda RM 2000 tidak termasuk dalam frasa tersebut ?


Melihat kepada alasan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi ketika mengurangkan hukuman ke atas Tian Chua, hakim tersebut nampaknya tidak bersetuju pilihan raya kecil diadakan di Parlimen Batu. Atas dasar itu beliau mengurangkan hukuman denda daripada RM 3000 kepada RM 2000.

Saya pasti hakim tersebut sedar tentang kewujudan Artikel 48 ( 1 ) ( e ) Perlembagaan Persekutuan semasa beliau membuat keputusan. Secara tersiratnya apabila beliau menjatuhkan hukuman denda RM 2000-00 ke atas Tian Chua , hakim tersebut boleh dikatakan berpendapat denda RM 2000 tidak menyebabkan hilangnya kelayakan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen.


baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura