Tuesday, June 8, 2010

Kes Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Diketahui Tidak Lama Lagi

Keputusan sama ada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim bakal digantung daripada menghadiri sidang DUN atau sebaliknya, akan diketahui tidak lama lagi.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain (gambar) berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang bermesyuarat buat kali pertama hari ini, memutuskan untuk bertemu sekali lagi dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu.

Menurutnya, jawatankuasa itu buat masa ini belum lagi memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga terbabit dan hanya akan berbuat demikian apabila segala isu berkaitan dapat diselesaikan.

''Kita percaya apa pun isu berkaitan dapat diselesaikan dalam mesyuarat kedua dan selepas itu baru kita akan panggil Azhar. Sama ada beliau boleh membawa peguam atau tidak, juga akan diputuskan pada pertemuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi membincangkan isu Azhar yang telah dirujuk kepada jawatankuasa itu di sini hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam bermula pada pukul 10 pagi dihadiri enam orang ahli jawatankuasa tersebut terdiri daripada ADUN pakatan pembangkang dan ADUN Barisan Nasional (BN).

Mereka ialah Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua), Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar), Shahabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan), Lau Keng Ee (DAP-Pengkalan Kota), Tan Cheong Heng (DAP-Padang Lalang) dan S. Raveentharan (PKR-Batu Uban).

Azhar yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri dirujuk ke jawatankuasa itu kerana didakwa melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika hari terakhir persidangan pada 6 Mei lalu.

Beliau dikatakan menggunakan perkataan '13 Mei' ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

sumber : utusan.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura