Monday, June 7, 2010

KEMASKINI Judi : Rasuah Kebajikan RM525 Juta Oleh Vincent Tan Menghina Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap sumbangan duit hasil judi bernilai RM 525 juta yang diberikan oleh Tan Sri Vincent Tan bagi tujuan kebajikan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation adalah satu rasuah dan penghinaan kepada rakyat yang menentang kelulusan judi bola baru-baru ini.

Sumbangan ini diberikan dengan harapan rakyat menutup mulut mereka dari menentang kelulusan judi bola yang diberikan Kerajaan kepada syarikat beliau.

PAS melihat bahawa beliau cuba mempermain-mainkan tuntutan rakyat yang mahu lesen judi ditarik balik. Sumbangan beliau ini adalah datang dari sumber yang haram dan sesuatu yang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan perkara kebaikan kerana ia diperolehi melalui penindasan kepada orang lain.

Kaki-kaki judi dinegara ini bertambah setiap tahun berikutan pertambahan pusat-pusat judi dan jenis lesen judi yang diluluskan Kerajaan. Masalah sosial, beban hutang, kemiskinan, keruntuhan keluarga dan masyarakat akibat gejala judi adalah antara sumbangan lain Vincent Tan kepada masyarakat yang tidak diceritakan oleh media.

PAS berharap agar Kerajaan serius menangani masalah masyarakat ini dan menarik balik kelulusan judi yang diberikan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

sumber : idrisahmad.wordpress

baca artikel berkaitan...Vincent Tan Bukan Robinhood, RM525 Juta Tetap Duit Haram

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura