Wednesday, June 9, 2010

Guna Jentera Kerajaan Untuk Majlis Kahwin, Mohamad Hassan Perlu Beri Penjelasan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohamad Hassan diminta memberi penjelasan mengenai dakwaan salah guna kuasa apabila menggunakan jentera kerajaan bagi majlis perkahwinan anaknya.


Ia berikutan aduan ini diterima Pusat Aduan Rakyat Rembau yang dikendalikan oleh Parti Keadilan Rakyat terhadap majlis yang berlangsung 6 Jun lalu.

Bercakap pada sidang media, Setiausaha PKR Rembau, NorAzizi Abdul Aziz sudah mengirim faksimili dan email ke pejabat Mohamad Hassan.

Kata Azizi, ada dua aduan diterima setakat ini melalui surat dan email termasuk seorang daripadanya adalah kakitangan kerajaan manakala satu lagi pekerja agensi kerajaan.

“Ini termasuk beberapa projek seperti penukaran paip, menampal dan menurap jalan dan membina jambatan yang sebelum ini memang bermasalah tetapi dibuat secara tergesa-gesa kerana persiapan majlis perkahwinan tersebut,” katanya.

Pengerusi PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin pula berkata, Mohamad Hassan perlu menjawab sama ada dakwaan berkenaan benar atau sebaliknya

Badrul Hisham juga mempertikai tindakan Mohamad Hassan berikutan banyak kawasan di Negeri Sembilan berdepan masalah kemudahan dan lebih memerlukan peruntukan.

Mohamad Hassan sebelum ini membisu apabila berdepan dakwaan penyeludupan RM 10 juta ke luar negara.

Badrul Hisham sedia memanjangkan isu ini dipanjangkan kepada SPRM.

sumber : tvselangor.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura