Wednesday, June 2, 2010

Ceramah Isu Judi Bola Di Kg Teluk Lipat, Dungun

DUNGUN 2 Jun, Rabu - Lajnah Penerangan DUN Sura sekali lagi mengambil kesempatan terhadap isu hangat yang sedang melanda negara iaitu isu judi bola dengan menganjurkan ceramah umum.

Ceramah tersebut yang membariskan Ustaz Hamid Derani, Bekas Penceramah UMNO dan Haji Ismail Harun, YDP PAS Kawasan Kemaman dijangka akan menyentuh isu-isu semasa negara termasuk isu judi bola selain isu antarabangsa berhubung kebiadapan tentera Zionis yang membunuh anggota konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

" ADUN Sura, YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang akan bertindak selaku tuan rumah, akan menyentuh isu-isu tempatan dan saya mengajak seluruh warga Dungun, khususnya di DUN Sura supaya mengambil manfaat daripada ceramah ini untuk mendapatkan penjelasan terhadap isu-isu yang sedang melanda negara dan juga di peringkat antarabangsa", demikian menurut Encik Mohd Yusof Ismail, Ketua Penerangan DUN Sura.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura