Presidennya Ahmat Abu berkata, pihak berkuasa di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan operator pengendalian terminal pelabuhan seharusnya lebih peka dan bertindak secara kolektif, telus dan berani selaras dengan semangat bersatu menentang kekejaman Israel.
"Kami mendesak pihak berkuasa di LPK, Northport, Westports dan Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan pendirian bagi memboikot kemasukan kapal-kapal dari Israel sama ada untuk tujuan dagangan atau tujuan lain, melakukan persinggahan di pelabuhan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, kesatuan itu akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung kemasukan kapal Israel ke Pelabuhan Klang kepada pengurusan Northport hari ini.
Sebelum ini, kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei dan 7 Jun lepas menimbulkan persoalan kerana Malaysia dan Israel tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa kapal kargo Israel dibenar memasuki pelabuhan di negara ini untuk tujuan perdagangan.
sumber : mstar.com
0 komen:
Post a Comment