PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat, mengesahkan akan bertemu dengan Anggota-anggota Parlimen daripada Barisan Nasional esok.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing.
"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan.
"Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.
Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib berkata : "Semuanya menjurus kepada pilihan raya umum. Kita mahu dipilih semula. Kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan." Ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini, yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin kanan PAS, Najib berkata: "Saya dan rakan-rakan lain dari pimpinan PAS menghormati jemputan Yang di-Pertuan Agong, sebab itulah kami hadir."
"Kita harus hormati persefahaman mengenai pertemuan itu, dan Yang di-Pertuan Agong mahu supaya ianya satu pertemuan tertutup. Saya hormati permintaan itu."
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga hadir pada pertemuan itu, turut enggan mengulas tentang hasil pertemuan yang berlangsung di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, pada 24 Disember lepas.
Ketika diminta mengulas tentang tuduhan dalam sebuah blog kononnya seorang menteri kabinet terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007, Najib berkata : "Apa yang didakwa itu berlaku pada 2007. Persoalannya kenapa sekarang (ia dibangkitkan).
sumber : mstar.com
0 komen:
Post a Comment