Monday, January 3, 2011

Krisis Minyak Masak - BN (Barang Naik)

Sekarang ini krisis kekurangan bekalan minyak masak sudah mula dirasai. Inilah hadiah tahun baru 2011 yang bakal dihadapi oleh seluruh warga terutamanya 'ketuanan melayu'.



Dulu, kita dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula. Maka berkokoklah juak-juak pencacai dan pengampu UMNO B-end memberi ulasan logiknya kenaikkan harga gula.

Berkatalah, "penggunaan gula secara berlebihan boleh membawa kegemukan berikutan kadar kalori yang tinggi dan mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis penyakit termasuk diabetes, kolesterol tinggi, darah tinggi dan penyakit jantung.

Oleh itu, kurangkanlah makan manis atau hindarkan terus".

Apabila minyak masak bakal dinaikkan harga, perkara yang sama akan didendangkan sekali lagi oleh menteri yang menjaga kementerian tersebut dengan berkata "kita patut kurangkan makanan yang bergoreng sebaliknya makanlah masakan yang direbus sahaja". Apa punya turr!... mentaliti menteri UMNO.

sumber : payahsungguh.blogspot.com

1 komen:

Unknown on January 6, 2011 at 8:40 AM said...

syarikat saya dari utara tanah air , baru 3 bulan lepas memohon lesen untuk membungkus kuota minyak subsidi ,, dari KPDNHEP ditendang ke KOMODITI , di mana menterinya SI DOMPOK ,, ini jawapan yg agak bernas ,, permohonan tidak dapat dipertimbangkan kerana sudah terlebih bekalan ,, sekarang ada 222 pengilang dengan kuota pembungkusan sebanyak 70,000 metrik tan,, kegunaan dalam negara hanya 56,000 ribu metrik tan ,, terlebih 14,000 ribu metrik tan.. isu nya ialah daripda 222 pembungkus berapakah pembungkus BUMIPUTERA,, saya sendiri mengambil jawapan ini sebagai cabaran ,, dan mendapati ,, pengilang besar telah mengambil kesempatan mengeksport minyak subsidi ke luar negara ,, katanya managernya 90% eksport dan 10% guna dalam negara,, campur minyak industri dan subsidi,, saya terus kesempadan M'sia -Thai,, ada lori pengeksport minyak masak melintasi sempadan ,, saya terus kan lagi siasatan saya ,, rupanya pembungkus minyak subsidi ada 26 biji lori pengangkut minyak dgn muatan melebihi 30 mton ,, saya terus menyiasat dan berjaya masuk ke dlm pejabat tuan lori ,, rupanya ,, ada beberapa lesen minyak subsidi yg dialibabakan dan beliau sendiri ada lesen.. Masya Allah ,, apa UMNO dah BN dan buat,,puak demo sendiri menyamun .. lebih menarik jika lori minyak subsidi syarikat ini ditahan di sempadan '' PRIVATE NUMBER ' akan diterima oleh pihak UPP.. katanya ' SOMEBODY dari pejabat Menteri. ambo rasa isu ni perlu dibawa ke dewan rakyat atau parlimen ,, biar rakyat tahu,, org DOMPOK juga mungkin terbabit ,,dlm kerja - kerja ni .. kenapa dia tak bagi komen ..harap dapat sebarkan . salam

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura