Friday, January 28, 2011

Hak & Suara Rakyat Tunisia...Malaysia Tiada Kena-Mengena ?

Beberapa hari yang lepas telah berlaku rusuhan di Tunisia sehingga tergulingnya pemerintah diktator Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Setelah 23 tahun memerintah secara kuku besi dan zalim menyebabkan rakyatnya bangkit menentang bagi menuntut hak mereka. Antara perkara-perkara yang membangkitkan rasa kemarahan rakyat adalah :-

  1. Pemimpin kerajaan sibuk mengumpul harta untuk diri sendiri. Projek dan limpahan kekayaan diagihkan kepada kroni-kroni presiden. Dianggarkan harta presiden di Perancis ialah GBP 3.5 billion hasil dari negara Tunisia yang telah di curi.
  2. Sikap isterinya, Leila Ben Ali yang hidup bermewah-mewah dan boros kerana hobinya yang suka membeli belah di Dubai sehingga ia digelar Imelda Marcos negara arab.
  3. Kadar pengganguran yang tinggi iaitu 14% hingga ramai para graduan tidak mendapat pekerjaan.
  4. Tahap rasuah yang melampau.
  5. Presiden telah mengharamkan semua parti Islam dan mengharamkan pemakaian tudung dan hijab di Tunisia.
  6. Semua projek mesti melalui isteri presiden dan para pembodek dan pengampu kerajaan pasti akan mendapat kerja & projek pembangunan kerajaan.
  7. Kawalan yang ketat ke atas penggunaan internet.
  8. Kesatuan kerja dikawal dan ditutup suara mereka. Pelajar dan universiti dikawal oleh akta universiti.
  9. Dilaporkan bahawa presiden sanggup membeli dan menerbangkan yogurt dari Perancis dengan menggunakan pesawat peribadi bagi tujuan sebuah parti keraian.
  10. Paling tidak berhati perut (sebagai seorang muslim) kerana tidak membenarkan rakyatnya membuat demontrasi anti-Israel dan melarang usaha rakyatnya untuk mengutip dana bagi membantu penduduk Gaza.

Beliau dan isterinya serta keluarganya dikatakan telah melarikan diri ke Jeddah, Arab Saudi. Terkini kerajaan sementara Tunisia telah memerintahkan agar beliau dan isterinya serta keluarga ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa dan harta negara.

sumber : anuarkarimz.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura