Friday, January 14, 2011

Himpunan Kebangkitan Rakyat : PAS Ganti UMNO 15 Jan...Kegerunan Awal UMNO/BN

KEMAMAN: 14 Jan: Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu kini cukup bimbang dengan strategi 'gelombang' Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno Peringkat Negeri yang diadakan di Dataran Tok Guru Kampung Geliga Besar, Chukai, di sini, esok.

Ini menyebabkan, kerajaan negeri telah menggunakan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan bantuan pihak polis bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang oleh petugas parti di sekitar bandar Chukai dan di jambatan Sungai Kemaman.

Tinjauan Harakahdaily mendapati operasi selama satu jam itu berjalan lancar dengan kawalan sebuah kereta peronda polis dan beberapa buah kereta yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman (SB).

Pihak PAS Kemaman melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan mengikut 'arahan' pimpinan Umno BN Terengganu yang bimbang dengan perhimpunan tersebut.

Program yang bermula jam 9 pagi esok melibatkan pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

sumber : harakahdaily.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura