Sunday, January 19, 2014

Menjaga Kebajikan Rakyat, Bukan Pergi Ke Antartika

DUNGUN, 19 Januari 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik menggesa Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, memfokuskan kemelut rakyat yang sedang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.

ADUN Sura yang juga Pengerusi MTD Sura berkata demikian ketika ditanya oleh Team Media DUN Sura selepas menziarahi Setiausaha PAS Cawangan Sungai Udang, Hassan Muhd Amin, 49, yang mengalami serangan jantung di Hospital Dungun, di sini petang tadi.
ADUN Sura, Y.B. Hj Wan Hapandi Nik ditemani Setiausaha MTD Sura,
Mohamed Ibrahim Sini Mohamed, menziarahi Hassan Muhd Amin
di Hospital Dungun, petang tadi.

Beliau mempersoalkan rasional di sebalik lawatan 15 hari ke Antartika sedangkan rata-rata rakyat Terengganu kini terpaksa mengikat perut.

Selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun, beliau turut menyarankan Menteri Besar mendesak kerajaan pusat menyegerakan janji pembinaan hospital baru di Dungun.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura