"Soalnya
di mana perginya JKKK yang sepatutnya menyalurkan maklumat kepada pihak
berkenaan supaya hidup mereka lebih terbela tanpa menunggu tempoh yang lama
untuk mendapat bantuan"
ADUN Sura
menyeru seluruh rakyat Terengganu membuka mata terhadap tahap keberkesanan
peranan JKKK apabila berdepan dengan kemelut yang sedang melanda masyarakat
hari ini.
"Apa
yang berlaku di DUN Sura ini, seharusnya membuka mata rakyat di seluruh negeri
untuk menilai kembali peranan JKKK yang sepatutnya berperanan membantu rakyat
yang dhaif, apatah lagi yang seagama dan sebangsa dengan mereka, "
"Saya
yakin masih banyak kes yang seumpama ini di seluruh negeri apabila maklumat
kesusahan rakyat ini diberi keutamaan penyelesaiannya jika peranan JKKK
dipertingkatkan keberkesannya dan saya yakin jabatan kerajaan akan bersegera
untuk bertindak apabila maklumat tepat ini disalurkan kepada mereka,"
tegas beliau lagi.
"Rakyat
jangan lagi terus terpedaya dengan janji-janji manis apabila tiba pilihan raya,
sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya," akhiri beliau.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, pembinaan rumah Moswa yang dimaksudkan terus berjalan lancar sejak dirasmikan oleh ADUN Sura, Sabtu baru-baru ini.
Pengerusi Projek, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil berkata, "kita mengharapkan agar kerja-kerja pembinaan akan terus berjalan lancar dan akan dapat disiapkan sehingga akhir April ini, "
"Sumbangan semua pihak masih diperlukan bagi menjayakan hasrat murni ini, supaya Mohd Sazlly sekeluarga dapat mendiami rumah yang lebih selesa," ujar beliau yang berpuashati dengan tahap kemajuan semasa kerja-kerja pembinaan rumah berkenaan.
baca juga di sini
baca juga di sini
0 komen:
Post a Comment