Friday, February 18, 2011

Jumaat Bersejarah...Rakyat Mesir Bersama Dr Sheikh Yusof Al-Qaradawi Di Medan Tahrir

Selepas 50 tahun tinggal di luar negeri akhirnya ulama terkemuka yang digelar sebagai “Mufti Dunia” Dr. Sheikh Yusuf al-Qaradawi kembali ke Mesir bagi meraikan kejayaan rakyat Mesir menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

"Perhimpunan Kemenangan" di Dataran Tahrir pada Jumaat 18 Februari 2011 bagi meraikan kejayaan revolusi rakyat menumbangkan diktator Hosni Mubarak. Mereka kemudiannya mendengar khutbah Jumaah yang disampaikan oleh Dr. Yusur al-Qaradawi sebelum bersama-sama menunaikan sembahyang Jumaat. REUTERS

Ulama kelahiran Mesir yang kini berumur 85 itu dianggap sebagai tokoh penting gerakan Ikhwanul Muslimin. Beliau pernah diperjarakan semasa pemerintahan Raja Farouk pada tahun 1949, kemudian diperjarakan lagi beberapa kali oleh rejim Gamal Abdul Nasser sehinggalah beliau meninggalkan Mesir dan menetap di Qatar pada tahun 1961.

Yusuf al-Qaradawi sedang menyampaikan khutbat Jumaat di Dataran Tahrir. Di sebelah kiri beliau ialah Mohamed Badie, pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir AFP

Kepulangannya telah membangkitkan kembali nostalgia terhadap kepulangan Ayatollah Rohullah Khomeini dari Peranchis selepas kejayaan Revolusi Rakyat Iran pada tahun 1979 yang berjaya menggulingkan Dinasti Shah Iran.

Sebelum ini pemimpin gerakan Islam Tunisia an-Nahdah iaitu Sheikh Rashid al-Ghannushi telah kembali semula Tunisia dari Peranchis ekoran kejayaan Revolusi Melor yang berjaya menggulingkan rejim Ben Ali.

Jumaat bersejarah. Ratusan ribu rakyat Mesir bersembahyang Jumaat bersama dengan Yusuf al-Qaradawi. AP

Al-Qaradawi sedang menunaikan sembahyang Jumaat. AFP

Walaupun berada di luar negeri, al-Qaradawi dianggap sebagai tokoh penting dalam revolusi rakyat Mesir. Beliau telah berjaya menggerakkan rakyat Mesir untuk keluar beramai-ramai bagi menentang rejim Mubarak.

Al-Qaradawi dikatakan telah menyokong kebangkitan rakyat di Mesir semenjak dari awal. Beliau telah mengeluarkan banyak kenyataan yang menyokong kebangkitan rakyat disamping menyelar rejim Mubarak sambil menyerunya berundur.

Sebaik sahaja menjejakkan kakinya semula ke Mesir al-Qaradawi telah telah menyampaikan khutbah Jumaat di Dataran Tahrir sebelum menunaikan sembahyang Jumaat bersama dengan ratusan ribu…mungkin jutaan…penduduk Mesir.

Ia merupakan kali pertama al-Qaradawi menyampaikan khutbah di Mesir sejak 30 tahun yang lalu. Khutbahnya yang terakhir ialah pada tahun 1981 selepas pembunuhan Presiden Anwar al-Sadat.

Selain menyediakan kawalan keselamatan kepada al-Qaradawi, pihak tentera juga menyediakan pasukan pancaragam sebagai meraikan kepulangan al-Qaradawi. REUTERS

Al-Qaradawi bukan sahaja disambut oleh penduduk Mesir bahkan pihak tentera juga mengalu-alukan kepulangannya. Selain itu pihak tentera juga bertindak dengan memberikan kawalan keselamatan dan yang lebih menarik kehadiran al-Qaradawi di Dataran Tahrir telah disambut dengan pancaragam tentera.

Walau bagaimanapun kepulangannya ke Mesir tidak begitu disenangi oleh Zionis Israel dan sekutunya Barat. Mereka sebelum ini telah menggelarkan al-Qaradawi sebagai “Hitler Mesir”.

Mereka amat bimbang kepulangan al-Qaradawi ini akan mengulangi sejarah Revolusi Iran, apatah lagi sebelum ini beliau banyak mengeluarkan kenyataan mengutuk rejim Zionis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Walaupun kepulangannya amat dicurigai oleh Zionis dan sekutunya namun kepulangan semula Yusuf al-Qaradawi merupakan satu peristiwa yang amat bersejarah, bukan sahaja kepada Mesir bahkan juga kepada seluruh umat Islam…umat akhir zaman.

Semoga bukan sahaja rakyat Mesir dapat menikmati kebebasan, bahkan saudaranya yang kini berada di sebalik tembok Zionis juga akan turut dibebaskan…suatu hari nanti yang mungkin sudah tidak lama…Insyaallah !

sumber : kebunketereh.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura