Thursday, February 3, 2011

ADUN Sura Cakna Mangsa Terjejas Banjir

DUNGUN, 3 Februari Khamis - Sebanyak 15 keluarga yang terjejas teruk akibat banjir di Kampung Bukit Chatak baru-baru ini, menerima sumbangan keperluan dapur daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Banjir yang berlaku akibat ketiadaan aliran air dari kampung mereka, mengakibatkan kesukaran kepada sebahagian keluarga termasuk untuk keluar berkerja, pergi ke sekolah bagi para pelajar dan melakukan aktiviti harian.
Selain menyampaikan sumbangan ke rumah mangsa terbabit, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun sempat mendengar sendiri masalah yang dihadapi mereka, yang dikatakan berlarutan semenjak 30 tahun dahulu.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura