Tuesday, February 1, 2011

Ahmad Said 'sambung nyawa' Pok Rosli

Pelantikan baru tidak kukuhkan UMNO


KUALA TERENGGANU
– PAS tidak melihat pelantikan baru beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan memperkukuhkan kembali parti itu yang sebelum ini mengalami pergolakan dalaman.

Bahkan, perlantikan Dato' Rosli Hassan sebagai Pengarah Strategi, dilihat umpama 'menyambung nyawa' politik kepada beliau yang sudah dianggap 'lupus tempoh'.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pemilihan Ahmad Razif Abdul Rahman, Datuk Rosli Mat Hassan, Datuk Za’abar Mohd Adib dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang tidak membawa perubahan.

Sebaliknya kata Mohd Nor, rombakan kecil itu akan menyebabkan luka dan pergolakan dalaman UMNO Terengganu lebih parah berikutan berlakunya politik cantas dalam memilih individu mengisi beberapa jawatan penting parti.

“Rombakan ini menggambarkan politik cantas dalam UMNO apabila menghilangnya muka orang yang mempunyai hubungan baik dengan bekas Menteri Besar dulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas pe-ngumuman pelantikan baru melibatkan beberapa jawatan penting dalam parti di peringkat negeri oleh Pengerusi Badan Perhubu-ngan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Pelantikan tersebut melibatkan jawatan Bendahari disandang Za’abar (sebelumnya Datuk Abdul Rahin Mohd Said) dan Ketua Penerangan dipegang oleh Ahmad Razif (sebelum ini Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek).

Jawatan Setiausaha masih kekal disandang oleh Tengku Putera yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu manakala Ketua UMNO Bahagian Dungun, Rosli pula dipilih mengisi jawatan baru iaitu pengarah strategi.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong mendakwa, beliau percaya pengisian jawatan itu bukan dibuat berdasarkan kebolehan individu sebaliknya kepentingan kroni semata-mata.

Sehubungan itu katanya, UMNO Terengganu tidak akan pulih daripada masalah yang mereka hadapi dan rombakan kecil itu langsung tidak membimbangkan Pas dalam usaha membentuk kerajaan di negeri ini pada pilihanraya akan datang.

“Sebaliknya ia memberi kelebihan dan lebih mudah untuk kita tawan semula Terengganu, peluang PAS di sini nampaknya sangat cerah, untuk kembali memerintah” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramli menyifatkan Ahmad mengamalkan siaft pilih kasih dan 'kronisme' apa melantik Pak Rosli.

Beliau berkata, diketahui umum, Pak Rosli adalah kawan baik Ahmad dan beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan oleh Ahmad sebelum ini.

"Semua orang tahu, Pak Rosli adalah kawan baik Ahmad Said, dulu Ahmad pernah lantik beliau, sekali lagi kini Ahmad mengamalkan 'kronisme' dan pilih kasih,"kata Wan Hassan ketika dihubungi

Beliau yang juga ADUN Sura berkata, tindakan Ahmad itu pasti menyebabkan perpecahan dikalangan Umno Dungun semakin melebar.

Katanya, beliau dimaklumkan, Pak Rosli bukanlah tokoh yang popular dan disenangi ramai. dikalangan ahli-ahli Umno Dungun.(buletinonline.net)

1 komen:

UMNO PARTI PENJARA on February 1, 2011 at 5:01 AM said...

pengukuhan generasi muda..











Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura