Tuesday, February 15, 2011

ADUN Sura Bergegas Berkongsi Kedukaan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0268.JPGDUNGUN - Khabar tentang sebuah rumah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, terbakar dan seorang warga emas meninggal dunia, diterima ketika beliau sedang menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, Kemaman.(Dengar Ceramah)

Seusai majlis penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai itu, kira-kira jam `12.27 tengah malam, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly segera beredar.


(Gambar atas - Ustaz Wan Hassan mendapat penerangan daripada Haji Zakaria)


Beliau bergegas pulang, untuk sama-sama berkongsi dan merasai 'kedukaan rakyat' yang ditimpa musibah.
Tidak sampai tempoh sejam kemudiannya, kira-kira jam 1.15 pagi, beliau sudah berada di rumah nombor 783 Kampung Lot Comel, Dungun. http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0269.JPG

(Gambar kiri - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada anak pemilik rumah)


Beliau hanya boleh melihat kerangka kayu-kayu hitam yang telah menjadi arang, tidak lagi berupa sebuah rumah, kerana ia telah hangus keseluruhannya.

Menanti beliau ditempat kejadian adalah sekumpulan anak-anak muda yang memakai 'vast' bertulis 'Unit Bantuan Bencana DUN Sura' (UBBDUNS) yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Haji Zakaria.
Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat serta 8 anggota, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan pihak polis turut berada di lokasi.

Bomba memuji kecergasan UBBDUNS
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0266.JPG

Buletinonline dimaklumkan, pemilik rumah tiada dan anak lelakinya pula keluar untuk minum di gerai berhampiran ketika kejadi berlaku.


Selepas menemui anak pemilik rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi, Ustaz Wan Hassan beralih, menemui para anggota bomba (gambar kanan) yang telah berjaya memadamkan api dari merebak ke rumah sebel;ah menyebelah.


Menurut maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,kebakaran berlaku sekitar jam 10. 30 malam dan punca kebakaran masih belum diketahui.
"Punca (kebakaran) tu tak tahu, samada elektrik ke (lintar pintas) atau (puntung) rokok ke, berdasarkan maklumat dari jiran-jiran, pukul 10 lebih dia (anak pemilik rumah) tinggalkan (rumah) pergi minum air,"terang Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Tuan Mohd Suki Anuar ketika ditanya Ustaz Wan Hassan.

Kata Tuan Mohd Suki, ketika anggotanya sampai di tempat kejadian jam 11.10 malam, api telah 'tebal', namun pasukannya dapat mengawali dan memadamkannya kira-kira 30 minit kemudian http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0262.JPG "Kita dapat kawal pada jam 11.40 tu, yang mana (ber)nyala-nyala tu kita padam dah, kita buat pemadaman api yang bernyala,"jelasnya.

Tuan Mohd Suki turut memuji UBBDUNS yang disifatkannya, bersama-sama dengan pihak Bomba, bertungkus lumus memadamkan api.

"Dia orang ni (UBBDUNS) memang baguslah, kita dengan pakaian perlindungan kita, tapi dia orang dengan pakaian gini je (vast sahaja),"katanya yang turut menerima cadangan UBBDUNS dilatih sebagai pasukan bomba sukarela bagi DUN Sura.
(Dengar perbualan Ustaz Wan Hassan dengan pegawai Bomba di Buletinonline Radio)

sumber : buletinonline.net

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura